Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, 3 June 2013

Besday Abah.

Assalamualaikum.

Ni wiken punya cerita.
Sabtu ngan ahad lepas adalah hari mengecat umah.
Tile kat porch pon dah siap so abah beli cat kalernye krim peach mcm tu nak cat kat luar.
Maklumla, kata nak buat kenduri kan. Haruslah makeover rumah hahaha.

Hari sabtu abah, apit ngn jijo gigih siapkan cat putih (lapis asas kot).
Aku tak join sbb kemas bilik aku buang apa yang patut bg kosong sket.
Hari ahad baru cat kaler plak.
Berpeluh sakan la aku. Mau ilang 5 kilo tp tak kurus pon nampak gayenye haha.
Siap 75% hari ahad tu.
Pas zohor semua pon terbongkang haha.
Abah ngn mak sambung sket lagi hari isnin since mak abah amik cuti.


Ptg dalam kul 6 nak gerak ke bangi gi Red Wok (again..) nak celebrate besday abah yang jatuh pada hari ini (isnin 3 jun).
Memula plan nak gi Bangi Golf Resort makan kat situ.
Tapi usha2 website mcm takda hidangan ala carte je so decide gi jelah REd Wok.
Gi Kg Pandan dulu amik wawa.
Haha wawa ni gf apit. First time la join makan2 ngn kitorg.
Kecik je orangnye. Kitorang ni standard size la (kecuali apit), tapi dia adelah kecik.
Jauh beza ngn apit pahtu still tak sedar diri duk sebuk tanam lagi lemak dlm badan dia. haha.


Sweet tak? LOL
Sampai2 belum kul 7 pon.
Order2 tak sampai 15 menet mknn pon sampai.
Cepat gilo servis. Mmg bagus servis cepat ni.
Seswai la ngn haku yang tahap kesabaran menunggu adalah sgt sedikit. huhu.
Since magrib pon belum masuk so makan la dulu.
In between gilir2 la gi magrib.
Surau dekat dalam tu je. Ada ekon lagi haha.


ciken marmite yg aku suka makan.




Ha tu la wawa sebelah mak tu.


Dah sudah makan tgk jam baru kul 8.30 lebih sikit.
Kitorang pusing ikut putrajaya nak tgk jembatan, Haha dah takda keja sgt la tu.
Amik gamba sekeping dua jadilah pahtu gerak balik umah.

berlatar belakangkan apetah. Masjid kot.


Disebabkan penat siang tadi tak abeh lagi, sesampai umah je kami pon tak buat apa dah.
Lepak2 umah je baring2.
Kepada abah, happy 57th birthday. Semoga dikurniakan rezeki yg tak terhingga dan diberikan kesihatan yang baik. Aminn.

Bye. :D

Friday, 3 May 2013

Meet the fiance.

Assalamualaikum.

heheehe



















Amacam? Hensem dop? Haha.

Nama diberi adalah Azizul Fitri bin Abdul Kadir. Obviously, aku (dan sesapa pon yang kenal rapat ngn dia) panggil dia jijoe. Well of coz la aku tak pnggil dia Jijoe nama pon tunang titew mesti lew panggil manja-manja sikit hewhewhew. Yeah,wekks.
Poyo la korang. Tipulah kalo tak panggil manja2 dengan bf/tunang kakakaka.

Umur dia 2 tahun tua dari aku. Kira kalo skang umur aku 18 dia dah masuk 20 la hahaha. Tapiiiii dia ni nampak forever young sebab dia jenis kecik dan manis gitu haha matikla puji tunang sendiri. Betul la bukan aku cakap, orang lain yang cakap. aku tolong sampaikan je tehehehe. Kalo dia forever young kira aku nmpk childish la kan kan. Ok tu tipu.

Asal kelantan  aku da bgtau pon previous entry. Anak bongsu dari 4 beradik. Being the baby of the family aku boleh conclude dia ni nak kata manja tu tak tahula manja ke tak sebab dia dah takda mak abah utk bermanja sobss. Tapi dia suka buat apa2 mesti ada aku sekali (since jumpa aku la). Orang boleh kata mcm tak indenpendent je, tapi takdela semua nak bergantung pada aku. Just dia ni suka kalo pergi mana2, buat ape2, beli ape2 even order makanan ngn aku. Naseb bek anem ni jenis tak kisah hentam je. Haha.

Pemalu? Haha ye la kot. Pemalu tapi takde la taknak bercakap langsung dengan orang cuma dia bukan macam aku, orang baru jumpa pon aku bole cerita byk. Memamg patut pon jadi lecturer aku ni. Dia kalo org dia dah kenal lama macam famili aku, kawan2 aku, kawan2 baik dia, then dia bole je sembang lebat haha.

Gila game. Yang ni bole buat aku marah. Dia punya layan game tak kira la game nset ke game pc ke ni sungguh2 sampai aku cerita ape pon dia KIV dulu. Kau KIV la aku, aku merajuk kau jugak susah nnti. Nightmare kang hahaha. Payah tido malam pon satu sifat mazmumah dia haha. Kesian pon ye. Nak marah pon ye. Ye la kadang2 kul 4 pg tak tido lagi. Dia kata dia golek2 tak lelap haha kesian. Aku kul 12 dah mamai2. Kalo hari keje kul 11 dan lali dah. Pelik2. Dah bila payah tido malam for sure nak bgn pagi tu nauzubillah punya la sengsara nak mengejutnya.

Sifat mahmudah dia byk. Haha. Antaranya la aku bagi kang org cakap aku up bakal laki pulok haha.
Penyabar kot. At least penyabar la ngn perangai emo aku haha. Eh biasala pompuan emo kan? Tapi yang bagusnya bila aku tgh jadi api, dia takdela nak ikut jadi api jugak. Dia tenang je. Lama-lama aku pon ikut ok la. Lama-lama tu kira mmg lamaaaa jugak la br ok haha. Cuma yang tak bestnya dia kureng sket bab memujuk. Aku rasa lelaki mmg fail bab ni. Kene berguru dulu.


Bijak. Bijak la kot dari aku. Even aku dah Master holder pon aku  rasa aku takleh challenge dia punya smart especially dalam benda2 mengira dan benda2 sains. Aku pon pandai gak (haha nak jugak) tapi aku ngaku aku hanya expert okay tang Kimia je and a little bit of Biology sbb both my fav cabang dlm sains. Try bg  aku Fizik ngn math. Terjajau-jajau (eh ade ke word ni?) la aku. Dia masa Diploma dulu (kata pandai apesal amek diploma lak?ni byk kalo nak cerita ni kene buat satu entry LOL) , semua paper sains (tak kira kimia, bio, fizik, math) dia kasik A paling cikai A-. Kalo subjek Math lagi la, tak sah kalo tak A+. Haha puji lebih nmpak? Aku kagum kot. Sbb aku Math time matrik pon bercinta baru leh dpt B+.
Tapi tu la. Budak laki ni masalah dia satu je. Malas. Blerghh.


Dulu dia ni halus je. Kurus kering. Kalo jalan ngn aku mmg org ingt adik aku tapi versi putih sket (ye la aku kan itam tapi manis). Tapi kadar peningkatan berat dia dan isipadu perut dia berkadar langsung la selama kitorang dah kenal2 5tahun ni. Skang ni semangat dah. Kalo berdiri sebelah2 dah sama size uolls asalkan aku tak pakai heels so dia ok hahaha.

Dah la weh puji Jijoe ni. Dia bukan nak belanja sekor teddy  bear pon aku puji lebih2 ni haha.
Bye.

Owh sebelum tu,


eh aku takdela itam sgt. sawo matang je tu











Tuesday, 16 April 2013

Parent's anniversary @ RED WOK RESTAURANT

 Assalamualaikum.

Memang mencabar btol jadi blogger (kunun) ni. Baru la  aku paham nape kadang2 nape la blogger2 fav aku ni lamanya tak update entry. Memang kalo mood nak update tak dtg maka mmg takde lah nk update even hari2 duk menatap leptop dlm bilik. Malas dah satu hal, nak cari masa lagi. Dengan buta IT nye lagi huh payoh..payoh..hehe.

Anyway, jumaat lepas (12/4) anniv mak abah yg ke 32. So aku and apit (my plus siza adik haha) plan nak blanje la. Cadangan ade dua tempat, satu kat TASIK PUTRAJAYA and satu lagi kat RED WOK RESTAURANT yang letaknye kat seksyen 7 Bandar Baru Bangi.. Since dah slalu sgt makan kat tasik putrajaya, so moh le kita ke Red Wok.

Tapi before gi Bangi, kitorang g jengah homestay dulu barang setengah jam sbb bole pulak mak tertinggal kunci so taboley masuk homestay haha saba je la. Pahtu g pulak seksyen 9 jengah butik perantin hehe. So by dah nk magrib tu baru la smpi Bangi. Magrib tak kesah bole solat kat surau dia.Surau dia quite nice jugak. Ada ekon siap. Cuma ekon tak berapa sejuk maybe sbb orang duk buka tutup pintu.

depan red wok


Very nice restaurant. Pekerja dia ramai giloz. Semua pakai baju merah.Deko2 dia pon merah menyala. Memang berpeluh2 la makan situ haha. Kedai dia konsep open air. So ada kipas je ekon yilek. So bayangkan la pah makan byk2 tu berlengas abeh. Tapi berlengas ke, berminyak muka ke, takpela asalkan sedap dan puas ati makan.

Tengok menu semua menarik. Rambang mata jugak nak beli sampai penuh meja. Tamak sgt sampai byk tak abeh lauk2. Jom layan gamba je lah.

Ni nama dia chiken in a yam basket ke apetah. Tak bape kena ngn taste aku.

My fiance tunjuk perut yg boroi hasil melantak di Red Wok.



Desert amik ni. Nama lupa tp diorg kata sedap. Aku je tak try.

Lala kamheong.

Happy anniversary!


Nasi goreng ikan bilis. Ok la bole tahan sedap gak.

Poyo je t u senduk sikit je nasik. Pahtu bertambah2 jugak haha.

penuh meja.



Paling dop besh. Ni ekceli telur masin bersalut daging ke hape.tapi tak besh.

ikan masam manis. Sedap.

Menu wajib. Pong sedap.


Harga dia pon quite ok. Tak semahal Tasik Putrajaya. Tasik ni mahal sbb dia punya servis baik punye tahap hotel. So mmg harga mcm tu. Yang makanan penuh meja ni just 200 je kira ok la. 200 pon sbb kitorg order ns goreng instead of nasi putih. So tu yg jd mahal sket. Ok tu je la nak cerita hehe.