Saturday 2 November 2013

Apo la nak jadi.

Assalamualaikum.

Keskes hai semua. Dah berbulan baru nak update entry baru.
Last entry bulan Julai kot. Means dah 4 bln takk hapdet.
Sebenarnye mmg da niat nk update pas last entry tu.
Tapi kebetulan tgh pulun abehkan silibus, tengah kalut prepare majlis kawen sendiri sampai tak sempat sungguh nak type ape2.
Leptop rosak pulak tu :(
Mmg takda semangat nk type entry.
Tiap kali nk bukak blog, "eh, nntlah. byk plak keje nak wat".
Lama-lama langsung terbiar.

Nak review pasal majlis kawen bln september aritu.
Just nak tunggu gambo dr OP br nak hapdet panjang2.
Baru best.
Sepatutya dah boleh dapat gambo ni sabo je la abg shah ni kata 40 hari hahaha.

Babai jumpa lagi.

Wednesday 24 July 2013

Keserabutan.

Assalamualaikum.

Hai geng2 semua! Dah 16 hari dah puasa ni.
Pantas betul waktu berlalu.
Semakin dekat dengan Syawal maknanya makin dekat la dengan hari pernikahanku. (pergh ayat novel sangat).
Ye la, ittew kan nk nikah 30 syawal ni hahaha.
Bila makin dekat ngn tarikh ni, semngat pon dah kurang.
Rasa macam mals dah nak buat pape.
Kad pon malas nk mula tulis2 nama.
Kemalasan apakah ini?

Bila makin dekat ni jugak la rasa mcm malas je nak kawen haahahahahuhu.
Dulu masa time2 couple sampai merajuk2 sbb jijo taknak kawen selagi tak abeh blaja haha ngok sgt.
Konon kawen lambat sgt la. Dah amik kau skang mcm malas plak.
Pahtu aku tnye la geng opis yg dah kawen tu pasal ni. Dia kata dia pon rasa mcm tu jugak bila dah dekat2 tarikh.
Mostly maybe sebab tekanan.
Haha boleh diterima akal jugak.
Sebab planning a wedding ni mmg sggt pressure.
Pressure nak jadikan majlis tu mcm yg kita nak, and the same time pressure sbb majlis yg kita nak tu require a  plentiful of RM notes haha. And disebabkan kita tak punya duit byk so terima je apa saje asalkan kawen ye dop?

Lagi-lagi pulak bila aku tengah pulun nak abeskan silibus sebelum cuti kawen nnt.
Tapi itu bukan masalah ye rakyat jelata sekalian, Miss Anem mmg hebat bab2 mengajar laju ni.
2 daripada 3 subjek yg aku ajar dah tinggal satu chapter je lagi.
Padahal ni baru minggu ke 9 kakakaka. Ada 5 minggu lagi termasuk minggu raya.
Mmg pulun la. Just aku risau budak2 sem ni tak berapa menonjol dari sem lepas.
Bebudak sem lepas aku ajar laju gak tapi diorg bg aku markah cantik2 time kuiz ngn test.
So aku pon senang hati la. Sem ni? Nangesssssssssss.
Serabutttttt. Belum naik angin dalam kelas je lagi.
Eh, aku penah naik angin ke dlm kelas?selama 6thn ni mg tak penah.

Nak-nak lagi bulan puasa ni masa untuk rehat2 sikit sgt.
Jijo pon sabtu keja halfday so dah takleh nk jenjalan.
Stress haku tak jalan kemana2.Balik-balik gi param. Dah le tatau nk beli ape.
Hopefully perassan takda hati nk buat apa2 ni kejap je la kan?
Sbb byk benda nk buat sebenarnya walaupon preparation almost semua dah buat cuma tnggu nak hari knduri je ni kekeke.

Ahad ni pon kena gi beli2 balance barang hantaran nak hantar kat org gubah hantaran tu.
Batch pertama dah hantar. Ni nk hantar yg sikit2 lagi macam kotak nset n ipad.
Setel je lah semua before raya.
Takda la aku serabut sgt2 pah raya nnt.
Aku ni bukan bleh stress sikit.
Nnt grumpy tak tentu pasal emo je manjang. Sian jijoe melayan perangai aku.
NAseb dia penyabar. Penyabar ponnn, kdg2 dia gak yg buat aku marah hahaha kang lg malas aku nk kawen dah.

Jimi ckp kalo dah dekat2 ngn tarikh ni biasanya kita dah tak peduli dah sgt pasal detail2 sikit2 tu.
Mana yg ada je nnt.
Rasa-rasa mcm tu jugak la aku ni kan?
Borang kebenaran nikah plak blom setel.
Jijo punya dah bagi aku. Nak tnggu abah ngn apit cuti br g pejabat agama gombak timur.
Tah bila la tu.
 Kang ada yg buat kenduri dulu br nikah kang. hahahaha.

Ok la.
Puasa ni penat nak type bebanyak. LOL
Bye :)

Friday 19 July 2013

Berangan mode: Xperia L

Assalamualaikum.

Blom terlambat lagi nak ucapkan selamat berpuasa kat geng2 semua.
Bulan posa ni mmg lagi bz berbanding bulan len2.
Bz la siang mengajar.
Waktu plak dianjak2 jadi rehat setengah jam je.
Petang mmg rutin aku gi terjah pasar ramadhan teman si jijo cari mknn.
Malam plak terawikh. Pergh nak cakap gi terawikh hari2 lettew hewhewhew.

Tapi aku sempat puasa 4 hari je pahtu aku raya la jap seminggu haha.
Kitew tengah berangan ni.
Berangan nak beli nset baru utk hantaran nnt.
Nexwik nak pi loyat beli nset ng  ipad utk jijoh.
Aku duk usha2 nset la sejak 2 menjak ni tu yg tak terupdate blog ni haha.

Aku duk aim sony xperia je.
Samsung sumer tu aku tak mampu la.
Iphone apetah lagi sobbs.

Ada 2 choice; xperia J ngn Xperia L.
In terms of price mmg la xperia j lagi murah tp J model lama.
Kamera dia plak 5mp ke kot.
L plak model baru dgn kamera 8mp. Pergh!
Harga xperia L overbudget sket tapi sikit je la bolleh lagi tambah tu kekeke.

Hmmm..mari berangan.


Sunday 7 July 2013

W.E.D.D.I.N.G BELLS: MUA

Assalamualaikum.

Haiiiiiiiiii!
Mlm2 hari minggu ni mmg aku tak stadi la duk surf tenet maka marila kita mengupdate blog ye haha.
Wedding preparation mmg dah boleh dikatakan 75% dah setel.
Means dah byk la dah tempah. Hampir semua la dah tempah sebenarnye.
tinggal nak bayar and nak tnggu hari majlis je hahaha.

MUA ni lagi la antara yg paling awal aku tempah.
Bulan 12 thn lepas aku dah book ngn dia.
Giler tak gila bln 9 kawen bln 12 dah tempah haha.
Aku jumpa pasal dia ni pon sbb tgk kat fb gamba kawan aku punya mekap ms kenduri dia.
MAcam cantik je tgk mekap kwn aku tu. Eh ke sbb dia mmg cantik dah?haha
Aku tgk kt gamba2 outdoor dia mmg menyerlah la muka kwn aku ni.
Aku tgk nama dia tag kat situ yann eskay. Aku pon buka fb page dia tgk la gamba2 costumer dia yg lepas2.

amik dr fb page yann eskay - ni kwn aku farhana. cantik.

Sblm2 tu pon aku dah byk dah pm tanya range harga kat page MUA yg lain.
Kebanyakan adalah range rm 350 - 600. Ada satu tu aku tnya smpi 800 dia charge mekap resepsi.
Giler ke ape smpi 800? Kot boleh tuka muka aku jadik jelita mcm siti nurhaliza ke ape takpe la jugak (skang pon jelita jugak hahahhahaha).
Eh rasa membazir la nak amik pekej mcm tu even kawen sekali sumur idop pon haha.
Aku tgk fb page yan then aku amik no phone dia aku pon sms la ngn dia tnye range harga dia.
Berbaloi ok! At least tak semahal yg lain2 la. below dari range yg aku bg tu.
Mmg tak dapat la mekap nikah ngn kawen rm 100 kan skang ni. So yang yan bg ni mmg dah ok sgt dah utk aku.
Nak mekap sendiri mmg tidak laa.

Ni antara costumer yan.
Kalo nk tgk gamba lagi kome bukak la pej dia jgn malas sgt ye haha.
ni kalo tak silap adik nya si yann ni. untung la dpt kakak pandai mekap. jimat disitu haha


Aku pakai khidmat yann utk majlis nikah ngn resepsi belah aku je.
Belah jijo aku pakai yg butik tu punya.
MErasa mekap 600 haha tp harga termasuk pekej baju dia la.
Mahal2 kt area shah alam (tempat resepsi jijoh, aku gombak je).
Nnti kita tgk ape jadi ngn rupe aku bila yan mekap nnt hahaha.

Bye!

Nak let go baju kekeke :)

Assalamulaikum,

Short update before tdoq.
Ngantuk len macam dah ni haha.
Entry ni dibuat sbb aku nak let go sehelai baju yag aku beli 2  minggu lepas utk raya la kononnya.
Cantik baju ni.
Aku beli online aritu di KZnabihahboutique.
Baju kurung peplum kain lycra warna peach.
Kain dia lycra yg berkualiti.
Mmg lain la kalo kita beli kat booth2 biasa, lycra dia tak mcm ni.
Tapenah pakai sekali pon lagi. (kecuali masa try lah)
Bawah ni ha bajunye.

baju kurung peplum qurratudaisy

Detail pasal baju ni;

Size: 1 (means boleh muat sari size S smpi L)
Warna: Peach lembut
Detail kat baju: Ado sulam2 sket tkat tangn dia

Jenis baju: As mention above, kurung peplum 2 pieces baju dan kain. kain dia pon flowy.

Nape aku nak let go?
Sbbnye aku rasa bila aku pakai tak sesuai sesangat dengan tubuh aku hahaha.
Aku ni jenis badan pear. Bontot besaq hahaha.
Pahtu tgk org pakai peplum aku pon teringin jugak so berkobar la tempah kat butik ni.
Sekali bila dah pakai nampak tak elok kat badan aku.
Aku yakin kat badan org lain akan nmpk cantik.
Lagipon sbnrnye aku tak suka sgt pakai lycra.
Tah apetah yg merasuk smpi terorder baju ni dulu kekeke.

tgk model ni pakai lawa kan? :D


MArket price dia kalo korang tgk kat page kznabihah adalah 175 without postage.
Aku nak letgo dengan harga rm155 including postage.
Tapenah pakai weh ok dah tu hehehe.
sbb aku yakin aku takkan pakai bebila pon baju ni huhuhu. Sebab tu nak let go.
Aku ni plak jenis segan kalo nmpk pelik sikit (bg aku) aku trus tanak pakai dah.
Kome tgk link ni aku bg dia punya market price. Sini.

Jadinya kalo sesiapa yang nak boleh sms aku pada no 0132008207 (anem) nnt aku bgtau detail nak bank in duit cemano ye.

Thursday 4 July 2013

Preve oh preve.

Assalamualaikum.

Hello kwn2.
Ye mmg pemalas mampuih nak update. Since takda sapa pon nk bc sgt kekeke so kita delay la update2 ni.
Ni cerita jumaat lepas.
Oh ye, mak ngn abah beli preve ni bulan 4 kot ke bulan bape tah. Tak hengat la aku.
Beli cash woi. haha blagak tak aku? Macam la guna duit aku yg ada bapa tah dlm bank tu hahha
Pahtu beli nak yg full spec teruih.
Kancil aku dijual so beli la Preve kaler blue lagoon ni. Eh kancil aku? Kancil bapak aku sebenarnye haha.

Dah nama yg executive kan, button dia punyela byk.
Macam2 ada smpi skang pojn aku tak sure certain button dlm keter tu.
Yang aku tau start keter, lampu ekon radio benda2 basic kira ok dah.
Preve ni aku yg bwk gi keje. Sebab exora diorg bawak.
Lagipon aku tak suka bwk exora sbb rasa gayat haha.
Tu la untungnya jadi anak yg bergaji ciput. Mak bapak kesian lantas bagi pinjam keter depa wat gi keja hahaha.

So jumaat lepas ada latihan kebakaran kat kolej.
Tengah panas rembang buat latihan kebakaran.
Sabar je la haku.
So dah abeh latihan kebakaran dalam kul 12 lebih aku pon bergegas la masuk dalam keter sbb nak balik umah rehat.
Ha aku ni mmg asal tengahari je mmg akan belik umah rehat2.
Untungla kan org rumah sekangkang kera dengan opis hahaha.

Nak dijadikan cerita, preve executive ni bila nak start, kita kene masukkan stick key dia pahtu push button baru bleh idop. (byk songeh kau kan letih aku).
Agaknye sbb kalut2 nak balik and rasa panas melampau2 aku terlupa nak masukkan stick key dia trus tekan button.
Tetibe eh? pasal pe taleh stat plak ni.
Pahtu tgk kunci atas pehe. Masukkan la kunci tu and press button again.
Damn! Taleh stat jugak. Aku dah mula la nak memaki ni.
Bateri kong ke hape. Takkan la kot keter baru uolls. Siot la proton kalo keter baru bateri cikai.
Pahtu pk la ke bateri kunci ni yg abeh. Sebab nak try lock unlock keter mmg takde reaksi lgsg keter tu.
Gabra la panas pulak tu. Dah mcm mandi dah aku dlm tu.

So naik semula opis bgtau kengkwn.
Seb baik membe aku ni (fairuz) kata mcm penah jadi ngn kwn dia je.
Dia rasa preve tu dah lock keter tu  atas alasan security sbb mcm ada tanda mcm nak curi (ye ah aku pi bodo tak masuk kunci pasaipa kan).
So aku pon cuba bertenang call proton center semua and mmg pasal security pon.
Damn u preve.
Dia ajar la cara nak unlock semula.
Kena bukak bateri bagai then tunggu half an hour.

Time nk bukak bateri tu pon hazab.
ketat nye woi skru dia ye la tak penah bukak lagi kan bateri tu.
Naseb sgt fairuz ngn zizi blom g solat jumaat lagi.
Diorg la tolong bukak bagai.
Sampai bermandi peluh la diorg.
Terharu la jugak ada gak org nak  tolong.
Kalo tnggu aku yg bukak, smpi malam pon takleh lagi longga skru tu.

Pas jumaat fairuz ngn zizi gak pasang semula bateri.
Doa panjang je la masa try stat semula tu.
Lega giloz bila boleh.
Cuma gps ngn radio dia kene masuk pasword len.
Call lagi center tnye pasword.
Sudahnya tak balik tghr la aku jumaat lepas.
Ptg aku beli goreng pisang blanje diorg haha.
Goreng pisang je mampu weh hahahaha.

Sabo je la.
Bye :D


Saturday 29 June 2013

Tak terurus.

Assalamualaikum.

Sekarang ni rasa macam tak terurus sgt hahha.
Poyo drama queen sgt kau kan.
Bukan ape, byk benda nak kena pk.
Nak-nak pulak kelas dah stat semula ni.
Memalam kompem pulun study.
Tak dapek lecturer rajin macam aku ni.
Aku je special sket rajin mengulangkaji sblm kelas.
MAsa blaja dulu pon tak rajin cenggini. haha

Aku takleh. Kalo aku tak review ape aku nk ajar, dalam kelas esoknye mesti aku mcm serba tak kena.
Mengajar pon mcm tak puas je..boleh?
Kang mula la tersasul la, lupa nak bgtau benda penting la mcm2 jadik.
So malam2 je mesti aku bukak buku melainkan kelas ygang aku teramat yakin macam kelas basic analytical chem. Yang tu aku leh dikatakan pakar so tapayah review kekeke.

Pasal tu la lately ni payah nak update blog.
mmg jatuh takda mood pk macam2 keje.
Mana kelas ganti pon aku buat memalam sbb nnt kawen nk coti panjang nnt.
Menanda satu hal lagi.
Kehkeh mcm la tak biasa kan tapi aku mmg kalut mcm tu.
Mesti nk cpt2 abeh je.
Sampai jadiemosional la lately.
Asek nak marah2 je. Mangsa adalah jijo la haha.

Kamis lepas dah berjaya buat hiv test.
Kat Klinik Komuniti Selayang dokat je ngn umah aku.
Naseb bek tak lama sgt dlm sejam je setel semua.
Keputusan adalah negatif.
Hahaha kalo positif takda maknanya aku nak cerita kat sini.
Buka aib sendiri namanya tu haha.
So dah boleh proceed isi borang dalam website jais.
Huhu aku malas btol borang2 ni tapi nak kawen kene la isi.
Da la isi on9 haha lagi la malas.
Ok2 esok aku isi. JAnji!

Kebanyakan benda dah tempah dah tinggal nak bayor je haha.
Bayar tu dah cukup memeningkan tau tak.
Tapi takpala bukan kawen byk kali pon.
PAs kenduri makan megi pon jadik la kami laki bini haha.
Sobss.

Eh mengantuk pulak maklumla i kan keje sabtu skang ni haha.
Ganti raya lagi arini.
Nantila aku update lagi.
Ni type ni pon dah terlelap dah ni kakaka.

Bye!