Saturday 2 November 2013

Apo la nak jadi.

Assalamualaikum.

Keskes hai semua. Dah berbulan baru nak update entry baru.
Last entry bulan Julai kot. Means dah 4 bln takk hapdet.
Sebenarnye mmg da niat nk update pas last entry tu.
Tapi kebetulan tgh pulun abehkan silibus, tengah kalut prepare majlis kawen sendiri sampai tak sempat sungguh nak type ape2.
Leptop rosak pulak tu :(
Mmg takda semangat nk type entry.
Tiap kali nk bukak blog, "eh, nntlah. byk plak keje nak wat".
Lama-lama langsung terbiar.

Nak review pasal majlis kawen bln september aritu.
Just nak tunggu gambo dr OP br nak hapdet panjang2.
Baru best.
Sepatutya dah boleh dapat gambo ni sabo je la abg shah ni kata 40 hari hahaha.

Babai jumpa lagi.

Wednesday 24 July 2013

Keserabutan.

Assalamualaikum.

Hai geng2 semua! Dah 16 hari dah puasa ni.
Pantas betul waktu berlalu.
Semakin dekat dengan Syawal maknanya makin dekat la dengan hari pernikahanku. (pergh ayat novel sangat).
Ye la, ittew kan nk nikah 30 syawal ni hahaha.
Bila makin dekat ngn tarikh ni, semngat pon dah kurang.
Rasa macam mals dah nak buat pape.
Kad pon malas nk mula tulis2 nama.
Kemalasan apakah ini?

Bila makin dekat ni jugak la rasa mcm malas je nak kawen haahahahahuhu.
Dulu masa time2 couple sampai merajuk2 sbb jijo taknak kawen selagi tak abeh blaja haha ngok sgt.
Konon kawen lambat sgt la. Dah amik kau skang mcm malas plak.
Pahtu aku tnye la geng opis yg dah kawen tu pasal ni. Dia kata dia pon rasa mcm tu jugak bila dah dekat2 tarikh.
Mostly maybe sebab tekanan.
Haha boleh diterima akal jugak.
Sebab planning a wedding ni mmg sggt pressure.
Pressure nak jadikan majlis tu mcm yg kita nak, and the same time pressure sbb majlis yg kita nak tu require a  plentiful of RM notes haha. And disebabkan kita tak punya duit byk so terima je apa saje asalkan kawen ye dop?

Lagi-lagi pulak bila aku tengah pulun nak abeskan silibus sebelum cuti kawen nnt.
Tapi itu bukan masalah ye rakyat jelata sekalian, Miss Anem mmg hebat bab2 mengajar laju ni.
2 daripada 3 subjek yg aku ajar dah tinggal satu chapter je lagi.
Padahal ni baru minggu ke 9 kakakaka. Ada 5 minggu lagi termasuk minggu raya.
Mmg pulun la. Just aku risau budak2 sem ni tak berapa menonjol dari sem lepas.
Bebudak sem lepas aku ajar laju gak tapi diorg bg aku markah cantik2 time kuiz ngn test.
So aku pon senang hati la. Sem ni? Nangesssssssssss.
Serabutttttt. Belum naik angin dalam kelas je lagi.
Eh, aku penah naik angin ke dlm kelas?selama 6thn ni mg tak penah.

Nak-nak lagi bulan puasa ni masa untuk rehat2 sikit sgt.
Jijo pon sabtu keja halfday so dah takleh nk jenjalan.
Stress haku tak jalan kemana2.Balik-balik gi param. Dah le tatau nk beli ape.
Hopefully perassan takda hati nk buat apa2 ni kejap je la kan?
Sbb byk benda nk buat sebenarnya walaupon preparation almost semua dah buat cuma tnggu nak hari knduri je ni kekeke.

Ahad ni pon kena gi beli2 balance barang hantaran nak hantar kat org gubah hantaran tu.
Batch pertama dah hantar. Ni nk hantar yg sikit2 lagi macam kotak nset n ipad.
Setel je lah semua before raya.
Takda la aku serabut sgt2 pah raya nnt.
Aku ni bukan bleh stress sikit.
Nnt grumpy tak tentu pasal emo je manjang. Sian jijoe melayan perangai aku.
NAseb dia penyabar. Penyabar ponnn, kdg2 dia gak yg buat aku marah hahaha kang lg malas aku nk kawen dah.

Jimi ckp kalo dah dekat2 ngn tarikh ni biasanya kita dah tak peduli dah sgt pasal detail2 sikit2 tu.
Mana yg ada je nnt.
Rasa-rasa mcm tu jugak la aku ni kan?
Borang kebenaran nikah plak blom setel.
Jijo punya dah bagi aku. Nak tnggu abah ngn apit cuti br g pejabat agama gombak timur.
Tah bila la tu.
 Kang ada yg buat kenduri dulu br nikah kang. hahahaha.

Ok la.
Puasa ni penat nak type bebanyak. LOL
Bye :)

Friday 19 July 2013

Berangan mode: Xperia L

Assalamualaikum.

Blom terlambat lagi nak ucapkan selamat berpuasa kat geng2 semua.
Bulan posa ni mmg lagi bz berbanding bulan len2.
Bz la siang mengajar.
Waktu plak dianjak2 jadi rehat setengah jam je.
Petang mmg rutin aku gi terjah pasar ramadhan teman si jijo cari mknn.
Malam plak terawikh. Pergh nak cakap gi terawikh hari2 lettew hewhewhew.

Tapi aku sempat puasa 4 hari je pahtu aku raya la jap seminggu haha.
Kitew tengah berangan ni.
Berangan nak beli nset baru utk hantaran nnt.
Nexwik nak pi loyat beli nset ng  ipad utk jijoh.
Aku duk usha2 nset la sejak 2 menjak ni tu yg tak terupdate blog ni haha.

Aku duk aim sony xperia je.
Samsung sumer tu aku tak mampu la.
Iphone apetah lagi sobbs.

Ada 2 choice; xperia J ngn Xperia L.
In terms of price mmg la xperia j lagi murah tp J model lama.
Kamera dia plak 5mp ke kot.
L plak model baru dgn kamera 8mp. Pergh!
Harga xperia L overbudget sket tapi sikit je la bolleh lagi tambah tu kekeke.

Hmmm..mari berangan.


Sunday 7 July 2013

W.E.D.D.I.N.G BELLS: MUA

Assalamualaikum.

Haiiiiiiiiii!
Mlm2 hari minggu ni mmg aku tak stadi la duk surf tenet maka marila kita mengupdate blog ye haha.
Wedding preparation mmg dah boleh dikatakan 75% dah setel.
Means dah byk la dah tempah. Hampir semua la dah tempah sebenarnye.
tinggal nak bayar and nak tnggu hari majlis je hahaha.

MUA ni lagi la antara yg paling awal aku tempah.
Bulan 12 thn lepas aku dah book ngn dia.
Giler tak gila bln 9 kawen bln 12 dah tempah haha.
Aku jumpa pasal dia ni pon sbb tgk kat fb gamba kawan aku punya mekap ms kenduri dia.
MAcam cantik je tgk mekap kwn aku tu. Eh ke sbb dia mmg cantik dah?haha
Aku tgk kt gamba2 outdoor dia mmg menyerlah la muka kwn aku ni.
Aku tgk nama dia tag kat situ yann eskay. Aku pon buka fb page dia tgk la gamba2 costumer dia yg lepas2.

amik dr fb page yann eskay - ni kwn aku farhana. cantik.

Sblm2 tu pon aku dah byk dah pm tanya range harga kat page MUA yg lain.
Kebanyakan adalah range rm 350 - 600. Ada satu tu aku tnya smpi 800 dia charge mekap resepsi.
Giler ke ape smpi 800? Kot boleh tuka muka aku jadik jelita mcm siti nurhaliza ke ape takpe la jugak (skang pon jelita jugak hahahhahaha).
Eh rasa membazir la nak amik pekej mcm tu even kawen sekali sumur idop pon haha.
Aku tgk fb page yan then aku amik no phone dia aku pon sms la ngn dia tnye range harga dia.
Berbaloi ok! At least tak semahal yg lain2 la. below dari range yg aku bg tu.
Mmg tak dapat la mekap nikah ngn kawen rm 100 kan skang ni. So yang yan bg ni mmg dah ok sgt dah utk aku.
Nak mekap sendiri mmg tidak laa.

Ni antara costumer yan.
Kalo nk tgk gamba lagi kome bukak la pej dia jgn malas sgt ye haha.
ni kalo tak silap adik nya si yann ni. untung la dpt kakak pandai mekap. jimat disitu haha


Aku pakai khidmat yann utk majlis nikah ngn resepsi belah aku je.
Belah jijo aku pakai yg butik tu punya.
MErasa mekap 600 haha tp harga termasuk pekej baju dia la.
Mahal2 kt area shah alam (tempat resepsi jijoh, aku gombak je).
Nnti kita tgk ape jadi ngn rupe aku bila yan mekap nnt hahaha.

Bye!

Nak let go baju kekeke :)

Assalamulaikum,

Short update before tdoq.
Ngantuk len macam dah ni haha.
Entry ni dibuat sbb aku nak let go sehelai baju yag aku beli 2  minggu lepas utk raya la kononnya.
Cantik baju ni.
Aku beli online aritu di KZnabihahboutique.
Baju kurung peplum kain lycra warna peach.
Kain dia lycra yg berkualiti.
Mmg lain la kalo kita beli kat booth2 biasa, lycra dia tak mcm ni.
Tapenah pakai sekali pon lagi. (kecuali masa try lah)
Bawah ni ha bajunye.

baju kurung peplum qurratudaisy

Detail pasal baju ni;

Size: 1 (means boleh muat sari size S smpi L)
Warna: Peach lembut
Detail kat baju: Ado sulam2 sket tkat tangn dia

Jenis baju: As mention above, kurung peplum 2 pieces baju dan kain. kain dia pon flowy.

Nape aku nak let go?
Sbbnye aku rasa bila aku pakai tak sesuai sesangat dengan tubuh aku hahaha.
Aku ni jenis badan pear. Bontot besaq hahaha.
Pahtu tgk org pakai peplum aku pon teringin jugak so berkobar la tempah kat butik ni.
Sekali bila dah pakai nampak tak elok kat badan aku.
Aku yakin kat badan org lain akan nmpk cantik.
Lagipon sbnrnye aku tak suka sgt pakai lycra.
Tah apetah yg merasuk smpi terorder baju ni dulu kekeke.

tgk model ni pakai lawa kan? :D


MArket price dia kalo korang tgk kat page kznabihah adalah 175 without postage.
Aku nak letgo dengan harga rm155 including postage.
Tapenah pakai weh ok dah tu hehehe.
sbb aku yakin aku takkan pakai bebila pon baju ni huhuhu. Sebab tu nak let go.
Aku ni plak jenis segan kalo nmpk pelik sikit (bg aku) aku trus tanak pakai dah.
Kome tgk link ni aku bg dia punya market price. Sini.

Jadinya kalo sesiapa yang nak boleh sms aku pada no 0132008207 (anem) nnt aku bgtau detail nak bank in duit cemano ye.

Thursday 4 July 2013

Preve oh preve.

Assalamualaikum.

Hello kwn2.
Ye mmg pemalas mampuih nak update. Since takda sapa pon nk bc sgt kekeke so kita delay la update2 ni.
Ni cerita jumaat lepas.
Oh ye, mak ngn abah beli preve ni bulan 4 kot ke bulan bape tah. Tak hengat la aku.
Beli cash woi. haha blagak tak aku? Macam la guna duit aku yg ada bapa tah dlm bank tu hahha
Pahtu beli nak yg full spec teruih.
Kancil aku dijual so beli la Preve kaler blue lagoon ni. Eh kancil aku? Kancil bapak aku sebenarnye haha.

Dah nama yg executive kan, button dia punyela byk.
Macam2 ada smpi skang pojn aku tak sure certain button dlm keter tu.
Yang aku tau start keter, lampu ekon radio benda2 basic kira ok dah.
Preve ni aku yg bwk gi keje. Sebab exora diorg bawak.
Lagipon aku tak suka bwk exora sbb rasa gayat haha.
Tu la untungnya jadi anak yg bergaji ciput. Mak bapak kesian lantas bagi pinjam keter depa wat gi keja hahaha.

So jumaat lepas ada latihan kebakaran kat kolej.
Tengah panas rembang buat latihan kebakaran.
Sabar je la haku.
So dah abeh latihan kebakaran dalam kul 12 lebih aku pon bergegas la masuk dalam keter sbb nak balik umah rehat.
Ha aku ni mmg asal tengahari je mmg akan belik umah rehat2.
Untungla kan org rumah sekangkang kera dengan opis hahaha.

Nak dijadikan cerita, preve executive ni bila nak start, kita kene masukkan stick key dia pahtu push button baru bleh idop. (byk songeh kau kan letih aku).
Agaknye sbb kalut2 nak balik and rasa panas melampau2 aku terlupa nak masukkan stick key dia trus tekan button.
Tetibe eh? pasal pe taleh stat plak ni.
Pahtu tgk kunci atas pehe. Masukkan la kunci tu and press button again.
Damn! Taleh stat jugak. Aku dah mula la nak memaki ni.
Bateri kong ke hape. Takkan la kot keter baru uolls. Siot la proton kalo keter baru bateri cikai.
Pahtu pk la ke bateri kunci ni yg abeh. Sebab nak try lock unlock keter mmg takde reaksi lgsg keter tu.
Gabra la panas pulak tu. Dah mcm mandi dah aku dlm tu.

So naik semula opis bgtau kengkwn.
Seb baik membe aku ni (fairuz) kata mcm penah jadi ngn kwn dia je.
Dia rasa preve tu dah lock keter tu  atas alasan security sbb mcm ada tanda mcm nak curi (ye ah aku pi bodo tak masuk kunci pasaipa kan).
So aku pon cuba bertenang call proton center semua and mmg pasal security pon.
Damn u preve.
Dia ajar la cara nak unlock semula.
Kena bukak bateri bagai then tunggu half an hour.

Time nk bukak bateri tu pon hazab.
ketat nye woi skru dia ye la tak penah bukak lagi kan bateri tu.
Naseb sgt fairuz ngn zizi blom g solat jumaat lagi.
Diorg la tolong bukak bagai.
Sampai bermandi peluh la diorg.
Terharu la jugak ada gak org nak  tolong.
Kalo tnggu aku yg bukak, smpi malam pon takleh lagi longga skru tu.

Pas jumaat fairuz ngn zizi gak pasang semula bateri.
Doa panjang je la masa try stat semula tu.
Lega giloz bila boleh.
Cuma gps ngn radio dia kene masuk pasword len.
Call lagi center tnye pasword.
Sudahnya tak balik tghr la aku jumaat lepas.
Ptg aku beli goreng pisang blanje diorg haha.
Goreng pisang je mampu weh hahahaha.

Sabo je la.
Bye :D


Saturday 29 June 2013

Tak terurus.

Assalamualaikum.

Sekarang ni rasa macam tak terurus sgt hahha.
Poyo drama queen sgt kau kan.
Bukan ape, byk benda nak kena pk.
Nak-nak pulak kelas dah stat semula ni.
Memalam kompem pulun study.
Tak dapek lecturer rajin macam aku ni.
Aku je special sket rajin mengulangkaji sblm kelas.
MAsa blaja dulu pon tak rajin cenggini. haha

Aku takleh. Kalo aku tak review ape aku nk ajar, dalam kelas esoknye mesti aku mcm serba tak kena.
Mengajar pon mcm tak puas je..boleh?
Kang mula la tersasul la, lupa nak bgtau benda penting la mcm2 jadik.
So malam2 je mesti aku bukak buku melainkan kelas ygang aku teramat yakin macam kelas basic analytical chem. Yang tu aku leh dikatakan pakar so tapayah review kekeke.

Pasal tu la lately ni payah nak update blog.
mmg jatuh takda mood pk macam2 keje.
Mana kelas ganti pon aku buat memalam sbb nnt kawen nk coti panjang nnt.
Menanda satu hal lagi.
Kehkeh mcm la tak biasa kan tapi aku mmg kalut mcm tu.
Mesti nk cpt2 abeh je.
Sampai jadiemosional la lately.
Asek nak marah2 je. Mangsa adalah jijo la haha.

Kamis lepas dah berjaya buat hiv test.
Kat Klinik Komuniti Selayang dokat je ngn umah aku.
Naseb bek tak lama sgt dlm sejam je setel semua.
Keputusan adalah negatif.
Hahaha kalo positif takda maknanya aku nak cerita kat sini.
Buka aib sendiri namanya tu haha.
So dah boleh proceed isi borang dalam website jais.
Huhu aku malas btol borang2 ni tapi nak kawen kene la isi.
Da la isi on9 haha lagi la malas.
Ok2 esok aku isi. JAnji!

Kebanyakan benda dah tempah dah tinggal nak bayor je haha.
Bayar tu dah cukup memeningkan tau tak.
Tapi takpala bukan kawen byk kali pon.
PAs kenduri makan megi pon jadik la kami laki bini haha.
Sobss.

Eh mengantuk pulak maklumla i kan keje sabtu skang ni haha.
Ganti raya lagi arini.
Nantila aku update lagi.
Ni type ni pon dah terlelap dah ni kakaka.

Bye!

Saturday 22 June 2013

W.E.D.D.I.N.G.BELLS: Baju Resepsi - update!

Assalamualaikum.

Smlm hari sabtu tapi aku kena keje sbb ganti raya nnt.
Dah mcm skolah pulak ada ganti raya haha.
Tapi kelas takda la just ganti je sbb time raya tu bebudak adelah cuti midsem.
So ni baru la ada peluang update blog tu pon malasnyaaaaaaaaaaaaaa.

Dua minggu lepas kot, since jijo ada keja kt uitm, aku suh dia singgah Rynz Avenue butik pengantin yg kitorang guna utk majlis belah jijo untuk tgk baju baru yg diorg kata ada kat butik.
Kan aku cakap dl dlm entry ni, kak yati tu kata kalo da siap baju baru dia akan contact kitorang hahaha.
Kebetulan minggu tu aku, mak, abah and apit g bidor jumpa2 keluarga gf apit haha. poys
So tak dapek la aku gi butik tgk baju.

Ni dah masuk 2x jijo gi sorang kat butik tu haha lantakkk.
Belah dia kan dia kn la usaha sikit.
Mmg ada 3 baju baru.
Satu kaler2 merah2 bata sikit. Warna 3D katanya aku tak surela celah mana 3D tu.
Cantik mmg cantik..
Tapi warna merah bata mcm dah lebih kurang warna pink belacan so takde variety disitu.
Jijo amik gamba pahtu mms ke aku.
Tapi aku malas plak nak copy dr nset jijo so aku cilok dr pej Ryns je la haha.

ha yg gamba berdua tu yg belah kiri.
Pahtu aku ckp kt jijo ckp warna mcm lebih kurang, kak yati  tu kata ada satu lagi navy blue + peach.
Aku dengar je peach dah teruja dah sbb mmg nak tema2 peach ke oren kat sana.
Tapi navy blue tu plak mcm gelap je.
Malangnya time tu dah ada customer  lain da amik utk majlis dia so takda gamba boleh amik.
So berbelah bahagi.
Nii gamba ni pon aku amik dr pej dia, dia baru je uplod smlm.
Kira aku baru tau la design baju yg kak yati tu ckp bila dia uplod gamba ni smlm.
waaahhh..cantik!

Cantik gak design nye. In fact baju2 kat butik tu mmg cantik2 berbaloi la kan ngn harga.
Tapi nasib tak agree yg ni masa kakk yati tu ckp sbb jijo kata gelap sgt la mcm berkabung je haha pandai2 je kau jijo. Takdak sense of fesyen jijo ni.
Pahtu yg ketiga kak yati kata baju ni ceria warnanya.
Gabungan warna oren dan peach.
Jijo sent mms gamba bj ni aku trus mcm "Awk, kompem je la bj ni!"..

Haha, yg pertama ada kena ngn tema,
Yg kedua aku rasa design dia  ok.
Yg ketiga aku dah malas plak  nak pk haha.
Ni teaser dia. Warna sbnr nnt2 la tunjuk tak seprais la haha poyo mcm la kat pej butik tu takda.
jeng jeng jeng poyo.


Pahtu tiap-tiap malam la duk tnye jijo since aku tak tgk ngn mata sendiri;

Anem: Pada pandangan awk, tak bright sgt ke kaler dia.
Jijo: Terang tapi dia balance dgn kaler pis (jijo sebut pis instead of peach haha hampeh). 

Anem: Cantik tak corak?
Jijo: Cantiiikk batu2 dia. Lawa laa.
Anem: Saya risau la kalo ceria sgt kita nnt. haha
Jijo: ala ok dah tu. Kak yati kata ayg tak gelap pon oke je kaler gitu. Takkan nak tuka lagi?

Haha jijo risau la tu kalo dgr mcm nak tuka lagi. Dia dah malas pk la tu.
Lelaki kann. Dia hentam je asal ada baju haha.
Masa kak yati tulis baju ni kat borang kitorg tu pon kak yati kata "tgk banyak dah liquid kat borang ni"
Kakakakak. Eh sukatila byr mahal kot hahaha.

Tu cerita baju belah jijo.
Kamis lepas kot aku beli makanan kat sebelah kedai tailor bj nikah/resepsi.
Sementara menunggu mknn siap aku gi la singgah kedai kak wati ni (wati pulak ye, tadi  yati. jgn kompius).
Tanye dia dah jahit ke baj nikah.
Dia kata tgh ongoing. Even masa aku dtg tu pon dia punya pekerja tgh semat jarum peniti rapat2 kat kain chiffon ngn kain lining dia.
Kira dah nak cantumkan pieces2 dia.
Hopefully jadi cantik.
Ujung bln ni dia janji siap wiuuuuuuuu!

Pahtu dia ckp dia tak jumpa kain baju resepsi yg exactly sebijik ngn tudung yg aku bg.
Dia keluarkan kain yg dia beli tunjuk kat aku.
Terus kecewa sbb kaler dia mmg jauh la.
Tudung yg aku bg kaler dia dusty pink la pink bleacan.
Yang dia beli pon pink belacang jugak tapiiiiiiiiiiiiii kaler dia deep gelap dr yg aku bg huwaaaaaa.
Tatau la ok ke tak.
Aku plak jenis serba salah mcm tak smpi ati nak cakap tak ok.
Aku just tnye dia, tak gelap sgt ke?
Pahtu kak wati pon ckp ayt penyedap rasa yg da byk aku dgr, "Anem bukan gelap pon ok je".
Haish tak yakin aku.

Balik umah aku bgtau n tunjuk gamba yg aku google yg kaler dia ala2 kak wati beli tu kat mak and mak ckp ok je lawa je.
Rilek la sikit tapi masih terfikir2.
Maybe dah jadi baju lawa la kot ntah la huhu.
Yang aku expect adalah pink belacan cenggini;
soft kan kaler dia???
 Yang kak wati beli kaler gini;
Pink belacan jugak tp gelap lagi dah nak ke pink purple. (gamba ehsan blog org hehe)

Harap-harap ok la kan kang aku moody plak.
Aku ni kalo benda tak kena ngn kehendak boleh jadi takda mood.
Takda mood la nk kawen plak kang kakkakakakaka.

Eh aku kena prepare benda nk ngaja untuk nexrwik ni.
Bye!

:D

Monday 17 June 2013

W.E.D.D.I.N.G.BELLS: Kad Jemputan Kawen

Assalamualaikum.

Kad mmg aku tak pikir panjang dah.
Mmg nak cari kat area-area jalan pudu je.
Since baca blog kwn2 (wah byk ke kwn2 blogger aku?silent reader je aku ni) ramai gak yang cakap tempah kat LH Creative and Concept .
Diorang kata reasonable la harganya.

Pahtu aku ngn jijo gi la survey kat area jalan pudu tu.
Lama dah pon surveynya.
Ujung bln 3 or awl bln 4 aritu.
Awal gila mak jemah tempah kad.
Semangat nak kawen ke apa ni? kekekeke
Kat situ mmg byk kedai2 tempah kad kawen ni.
Kalo rajin survey la satu2.
Tapi kami ni kan bangsa yang malas nak window shopping or survey2, so terus je la ke LH.
Senang je carik kat tepi jalan je dia ujung2 Jalan Brunei tu kot.
Tah tak amik tau la pulak alamat dia.

Kali pertama masuk dalam showroom dia, mak aii.. ramainya manusia duk pilih kad.
Aku rasa ni yang wedding dlm bulan 6 before puasa ni yg  ramai2.
Semua mcm kalut je pilih2 bincang2.
Ada yg dtg tgk draft dah.
Pendek kata hari first dtg tu mmg ramai nak arwah manusia smpi nak lalu pon tak muat bontot hahaha.
Dalam showroom tu bersepah la cth2 design kad yang boleh pilih.
Aku pilih punya pilih. Select la 3 yang terbaik.

Asalnya aku mmg nak jenis yang simple, ada stamping ngn emboss.
Takmo yang mcm kad raya tu tak ekslusif kakakaka poyo.
Gamba2 katun lagila takmo.
Dah2 la berkatun bagai, tua dah weh. Kita kasik ekslusif sikit (poyo lagi).
Kaler plak dlm kepala aku nak yg kaler krim atau putih atau grey.
Means kaler2 simple yang dua2 pihak boleh guna.

Dalam kesesakan manusia tu naseib ada uncle tu entertain aku.
Mesti sbb dia tgk aku mcm blur je. Jijo apetah lagi, 100x blur la tu.
Aku tunjuk design yang aku nak tapi kaler tukar2.

Anem:  Kalo design mcm ni 800pcs berapa?
Uncle:  Design ni boleh dapat 70sen.
Anem:  Kalo kotak doorgift mcm ni (tunjuk contoh design) sekali dlm 1000pcs u bole bagi barapa?
Uncle:  Oo u mau mcm ini. Saya kira senang la. Kad 800 pcs, kotak 1000pcs saya charge RM800. Saya bg free 2bunting dan 2 guestbook.
Anem:  Oo ye ke? Kalau mcm tu sy stuju la. 

Haha tak teragak2 je aku trus stuju. Malas pk dah sebenarnya tu.
Plus aku rasa murah dah la tu. Kira kad jatuh 40sen. Kotak pon jd 40sen la. hehehe.
Dia bukak bil untuk aku and bagi borang tempahan utk isi detail2 majlis.
Aku cakap kat uncle tu "sy bw balik dulu la borang ni nnt datang semula bw peta sama".
Dia ok je.
Sbbnya since kenduri aku lmbt lagi hahahaha.

Later after 2 weeks ke 3 weeks gitu, kitorg g semula kt LH bwk detail2 dia semua.
Second time pegi tak ramai sgt.
Lega sikit.
Bagi detail2 kt dia then diorg ckp after 10 hr bekerja dia akan panggil suh tgk draft.
Time tgk draft tu g hari keje kot mmg takda sapa sgt la kat showroom tu.
Cek2 apa yg patut betulkan mana2 yang salah.
Dah puas ati proceed to printing.

so, masa kitorg otw nak g OU tu LH call kata kad dah siap.
Ahad tu ngn hati yang gembira pi la amik.
Semua dah siap kecuali bunting sbb dia tersilap ingtkan aku blom komfem design dia.
Takpela tu nnt2 baru amik bunting.
Masalah skang peta yg aku bg ngn jalan kat area umah aku yg tgh duk dlm construction dah jadi lain.
Jalan masuk dah tak sama. Aduhhhh...
Buh je la signage nnt. Penat la nak pikir sorang2. :(

Tadaaaaaa.
Recomended la LH ni.
Tak byk hal.
Senang je sbb kedai ni pon dah lama beroperasi. Dah biasa dah karenah pelanggan.
Tapi kalo jumpa lagi murah adalah lagi bagus.
Area2  key-hell ni takleh berkira sgt la. Payah gak nk cr murah kannn.

Bye :)

Sunday 16 June 2013

Pengalaman IMAX. haha

Assalamualaikum.
Wikend mmg selalunya lebih bz berbanding weekdays.
Kdg2 nak bukak fb pon bila dah malam2 sebelum tido.
Mcm wiken2 sblm ni pon, mesti byk je agenda nak buat bila tiba hari minggu.
Pegi sana, pegi sini.
Letih dia boleh kata 2x ganda la dr hari keje.
Cuma letih wiken tu tak menensenkan la hahahaha.

Sabtu lepas gi OU lagi haha.
Kali ni sbb jijo nak tgk Man of Steel kat TGV IMAX.
Katanya nak merasa best ke imax ni bebanding ngn 3D biasa.
Awal2 lagi dah gigih order on9.
Sebab;
1) Both of us pemalas nak beratur panjang2 kang tak  dpt tiket lagi movie dah abeh.
2) Citer tgh hot skang ni baik beli siap2 kang dapat yg depan2 patah tengkok tgk.
Mahal giloz tiket imax. rm28 sekeping means lebih seloh hengget dr tiket 3D biasa. So beli 2 jadi RM56 la.
Ni yg first and last la kiranya. Mmg niat nak try je haha.
Pah2 ni nak tgk pon paling mahal tiket 3D je la.

KEluar umah 10.15 pg smpi OU dlm 10.35 mcm tu.
Jenjalan dulu tgk2 kawasan. MAsuk parkson nak tgk cadar nak pakai utk bilik perantin nnt. Ingt nak cari Akemi takmo la yg satin pelik2 tu. Geli pulak rasa nak baring atas tu hehehehehe.
Tak byk choice plak situ.
Gi pulak Jusco tgk2 section bedding tu. Pon sama mcm takdak choice pon haha.
Ronda2 lagi masuk pulak kat butik Young Hearts beli lingerie. haha

 
Baju ni buat aku nmpk gemuk. Eh ke mmg gemuk?haha
Dalam kul 11.25 gerak la ke TGV nak claim tiket. Cepat mudah dan pantas je amik tiket.
Yang sakit atinye time nak beli popkon. Line dia lagi panjang dari line beli tiket!
Argh! Kena la line up jugak dah jijo kata beli la kang takde benda nak mengunyah.
Line dia amatlah lembab, kaunter ade byk ada ke ptt bukak 2 je?
Naseb selang 10 menet ada 2 kaunter lagi baru bukak. So bergerak sket line.
Tapi sempat la menympah dalam ati kakakaka.
Popcorn regular size pon dah 7.50. Pakkal je aku dah beratur lama. Kalo tak mau aku cancel beli popcorn haha kedekut punya anem.
papehal kita amik gamba bukti kehadiran dulu :D

Line beli popcorn panjang dr line beli tiket.

Dah siap beli popcorn naik la masuk ke imax. Dia takde no screen, dia trus tulis imax kat depan bilik menonton dia. Ada satu lagi Beanieplex. Cube kome google, kat kerusi tu dia buh beanbeg.
Uish mau tertido aku tgk wayang cenggini. haha.
Hall dia besar dari hall2 yg lain. Screen dia pon sangat besar mcm combine 2 screen je rasa.
Mmg puas la tgk. Tapi sapa yg duk bwh2 mmg sakit tengkok la screen besar gitu.
Oh ye, harga seat bawah lain tau. Murah skek.
Sound sistem dia mmg superb. Dia punya superb dia kira masa time aksi ke time jerit2 ke time pecah2 ke mmg rasa bergegar la kerusi dia haha.
Tu je la kot beza ngn 3D biasa. Len aku tak nampak la pulak.

Pasai Man of Steel aka Superman pulak, citer dia bg aku mcm overrated je. haha.
Feel dia tak sama mcm aku tgk Lois and clark dulu.
Aksi mcm keterlaluan sgt tah aku rasa mcm tak puas tgk.
Kira mcm abeh la musnah bandar Smallville superman ngn villain bergasak hahaha.
Haha korang g tgk la sendiri aku pon tatau menilai.

Abeh citer dalam kul 2.15 kot.
Tekak dari minggu lepas teringin cupcake tp aku tajupe plak kedai cupcake kt OU.
Singgah la kafe Delicious beli satu slice kek red velvet.
Merasa la kek mahal yang sgt tak sedap.
Haha pedulik la Delicious nak marah aku tilis statement gini dah mmg tasedap diorg kn terima pendapat costumer.
Aku makan tak smpi suku kot trus taknak dah. Terbang rm13 aku haha.
Bg jijo pon dia kata tasedap gak. huhu saba jela.
kek mahal yg takleh diterima oleh tekak ku. haha
budak gembira dpt tgk superman

Pas beli kek trus gerak  balik umah.
Solat then makan lunch kt umah tetibe mak ajak pi tgk kacang2 nak buh dlm goodies box nnt.
Kat area Kepong. Nak bgtau area mana pon aku tak reti bab jalan2 ni.
Dulu time akak nyer kenduri pon beli sini jugak.
Byk la jajan2 jual situ.
Tapi tak beli lg la baru survey je. Awal sgt nak beli kang masuk perut sendiri je byk kang.

Pahtu dah alang2 keluar mak ajak tgk cadar kat Festival city mall.
Dulu aku survey dah la kt situ. Ada la yg bekenan tp mhal haha.
Gi parkson situ last beli la jugak tp bukan brand Akemi.
Cantik la jugak jadiklah kan.
Beli langsir 3 panel kaler krim lebih kurang warna cadar skali.
Brand Favorita kot.
Pahtu nak cukupkan nak dpt baucer, beli bantal peluk sekor. Haha.
Dah lewat dah so balik la umah dgn rasa puas ati dapat gak cadar mak blanje haha.
Bantal pelok ngn cadar. Bantal tepi tu hiasan semata2.

Langsir. Eh, brand alessi la bukan favorita haha.
Selesai hari ponat yang pertama.
Malam minggu pon aku tdo awal sbb siang tu penat giloz.
Tu je la citer imax campur cadar. haha

Bye :)

Wednesday 12 June 2013

W.E.D.D.I.N.G.BELLS: Kasut

Assalamualaikum.

Kehkehkeh.
Wedding preparation kan dah buat sejak berzaman lamanya.
Dah naik lupa pasal kasut resepsi yang aku tempah aritu.
Cerita lama patutnya ni.
Tempah hujung bln 4 kot gitu.

Disebabkan jijo ni ketinggian dia tak berapa nak cukup, jadi aku la yang terpaksa beralah takleh pakai kasut 4 inci hahaha.
Poyo sangat macam la kau penah pakai kasut 4 inci nem.
Mmg tak penah pon. Paling tinggi maybe 3 inci kot tu pon terhoyong hayang.
Maklumla.. rockers mana pakai heels hahaha.
Jijo ni sama je tinggi ngn aku, tapi kalo aku pakai heels tinggi sgt mmg akan tenggelam la dia. Nmpk kelako pulak kang.
So kena carik kasut yang 2 inci je maksimum.

Sepanjang survey2 kat shopping mall mmg payah la nak dapat tumit 2 inci.
Kalo ada pon tak cantik la pulak.
Dah nama kasut kawen haruslah grand kan? kakakaka.
Pahtu mula la keje aku menggoogle kasut2 resepsi yang boleh custom made.

Ada aku baca kat blog2 yang cadangkan pi Maju Junction ada kedai nama Gavy.
Tapi since entry byk lama2 and ada pulak kata Gavy tak amik tempahan dah, so aku batalkan je la niat nak pi sana hahahaha.
Pahtu jumpa pulak ada satu ni.
Nama yang buat ni Amy, freelance je takde kedai.
Cuba kome tgk fb Absolutegorgeous By Amy.
First time tgk kasut2 dia rasa suka je lawa2.
And boleh decide kaler, design and tinggi pulak kan.
Mmg pricey sket tapi ok la kan bukan selalu. (ayat penyedap hati)
So mula la sesi2 email ngn Amy and janji nak jumpa ujung bln 4 tu.

Aku decide ada 2 design yg lawa tapi kena tgk dulu sample kang kat website je lawo depan mata biasa je.
Kaler plak amik krim kot senang semua pon boleh masuk haha.

Design 1, hoih lawo ado bling2 lagi

Design 2, sweet macam aku LOL
Rumah Amy ni kat puncak jalil.
Time gi mmg ok je. Rumah pon senang jumpa.
Sebab gi ngn jijo kan,  senang la jumpa.
Cuba gi sorang, mau sampai seremban aku kang.
Sampai2 je dia tunjuk dua2 design ni tgk mana aku prefer.
Last2 aku prefer yg design 2. Tapi kaler krim.
Lebih simple dan comels hahaha.
Dia ukur2 kaki aku. Amik details semua and bayar deposit then setel.
Gamba takdak nak letak masa proses ukur mengukur haha. Jijo si jurugamba peribadi aku ni mmg camtu.
Tak disuruh takdenye dia nak keluarkan semakphone dia tu.
Kedekut.

Time nak balik tu la hazabnye.
Jem giloz puncak jalil ni.
Sbb pembinaan projek mrt kot.
Dia punye jem sampai naik panas la hati ni. Jadi emo jap haha.
Kesabaran nipis betul aku ni. Ye lah tak suka menunggu kan. kiki
Ha, amy ckp kasut siap dalam bulan 7 macam tu.
So nnt bln 7 nak kena redah jem lagi la kat puncak jalil hahahah.

Kasut ni aku plan pakai time resepsi aku je.
Sbb belah jijo butik Rynz Avenue bg kasut dia kot.
Kalo tak seswai then pakai gak la kasut yg dah tempah ni.
Ha tu je la pasai kasut. Nampaknye kasut hantaran lagi murah le dr kasut ni.
Hewhewhew.

Bye! B-)

Make over.

Assalamualaikum.

Mak ai lama benar tak update.
Tunggang langgang la skang ni leptop kemana, baju kemana, bantal kemana, tilam kemana.
Haha bunyik mcm rumah kena pecah je padahal duk sibuk makeover bilik.
Ye kwn2, bukan make over diri sendiri tapi make over bilik je pon haha.
Kata nak kawen kan kena la transform bilik bujang jadik bilik kelamin (ceh skema).

Memula buang semua baju2 yang taknak pakai bg kosong sket almari.
Kang sian plak jijo takda ruang nak simpan baju dia.
Bunyik dah macam orang  kaya sgt je nak buang barang2 semua.
Tapi serius kalo bwk gi Jabatan Kebajikan pon sama je.
Last2 dihumbannye jugak.
Orang miskin pon dah taknak pakai baju sekenhen skang ni haha.

Ahad lepas kitorang proses katil bujang dalam bilik tanggalkan bahagian2 dia letak kat luar.
Abah kata nak bawak gi umah akak haha.
Kalo ikut aku, kita bako je.
Tapi dia kata boleh bg org sewa homestay pakai so nnt bwk part2 tu sikit2.
Almari buku yang tinggi dalam bilik pon dibawak keluar dulu.
Nak bagi kosong sket bilik sbb nak bg ruang orang nak pasang wall paper.
Wallpaper je dah 1k.
Patut pon rambut asek gugur je. Botak kepala aku mcm ni.

Hari isnin lepas org wallpaer dtg pasang, tetibe yang tempah tu dia ckp tak cukup utk cover semua wall dlm bilik.
Ada satu bahagian tak cukup. Alamakkk!!!
Bukan ape, nak tambah lagi 1 roll bermakna tambah la lagi 650.
Nak pakainya ciput je pon. Pahtu balance kertas tu takkan nak buat lauk makan ngn nasik pulak kan?
Amatlah membazirnyaaaaaaa.
So bincang ngan mak and abah then decide utk cat je satu bahagian dinding yg tak cukup tu.
Gigih la aku pi kedai hardware pi carik cat yg kaler lebih kurang ngn wallpaper.
Memang amazing race asia la anem pi kedai hardware.
Tapi dah bilik sendiri, so sendiri mau ingat la ye dop?

Berbekalkan contoh wallpaper tu dapat gak la setin 1L cat warna orchid white.
Putih nak ke pink2.
Sbb wallpaper tu kaler putih2 bunga2 dia kecik kaler pink purple.
Comel je. Bagi aku la.
Aku pedulik apa orang lain haha.


Comel dop? haha. yang penting ada purple2 sikit tu. my favorite color.


Balik-balik keje senin tu tak tukar baju ke apa dengan-dengan baju keje aku terus mulakan misi mengecat.
Naseb la tak besar sgt luas dinding tu.
Dalam tak smpai sejam siapla cat.
Renung punya renung lawa jugak jadiknya even cat sendiri pon.
Sesuai la cat ngn wallpaper tu.
Jadiklaaah....
At least save 650 kakakaka.

Siap ngecat, pas magrib pi carik perabot baru plak.
Aku nak beli katil, tilam ngn meja solek je.
Almari pakai yang lama.
Pengantin bajet kan. Bilik pon bajet la baq hang.
Bilik aku ni tak luas mana.
Puas gak pk susun atur mcm mana.
Haih...

dinding yg x cukup wallpaper. hasil kerja keras cat mengecat aku ngn apit. boleh buh dalam resume skill ni.

bilik belum buh perabot

Selasa petang perabot sampai.
Misi mengemas bilik bermula.
Aku susun je ikut suka dan asalkan ade rupa bilik.
Dah bilik pon kecik maka kita tak boleh byk songeh ye kawan2.
Terima je seadanya.
Cabarannye adalah memastikan bilik ini tidak semak dah bersepah.
Cadar pengantin mak kata nak sponser lalalala. Fuhh selamat duit.

aku susun ikut dan je nnt pulak pk susun atur len.

sarung bantal pon tak matching. tak jumpa carik haha.

Dah setel bilik. So, selesai satu keje.
Banyak lagi kerja2 menanti ni.
Waaaaaaaaaaa tetibe stress pulak.
Dah la sem baru dah bukak.
MAlam dah kena bukak buku pulak.
Nak buat mcm mana, nak share ilmu dengan student kene penuhkan diri dgn ilmu bermanfaat dulu.

Takpa la pelan2 kayuh la preparation wedding.
Lama-lama setel jugak.
3 bln lagi.
Ada masa lagi... Kot....
Bye. :-)


Tuesday 4 June 2013

Registration Day Jun 2013 Session.

Assalamualaikum.

Malam ini adalah bosan.
So, marilah update blog yg sunyi ini haha.
Siang tadi adalah hari pendaftaran semester baru kat kolej aku.
Berejam jugak la duduk kat dlm dewan layan budak2 baru daftar.
Naik kebas bontot.
Naseb makanan disediakan.
Sampai sakit la perut aku tadi makan bukan2 arini.

Aku jaga bahagian kewangan tadi.
Aku pon tatau la nape aku mesti dapat tugas2 jaga duit ni.
Tahun ni dah masuk kali ke3 dah kot aku jaga bahagian kewangan.
Dalam jabatan sains pon jadi bendahari jabatan jugak.
Dulu masa kat usm aku jadi naib bendahari pergerakan perkhidmatan masyarakat (PPMUSM).
Agak-agak org nmpak aku mcm bukan mata duitan gamaknye.
Tu lantik jadi bendahari tu.
Nak lantik jadi setiausaha dah taleh dah sbb simptom2 malas menulis tu mmg byk ye kawan2 kakaka.
Bukan mata duitan la sangat.
Pakkal iman kuat aku ni, kalo tak mau songlap seringgit dua hahaha.

Bukan senang jadi bendahari ni.
Contohnya jadi bendahari jabatan, even kutip sebulan rm5 je pon still rasa mcm segan nak pi collect duit org.
Sebab rasa macam aku ni hadap sgt duit diorg kakaka padahal dah mmg tugas aku pon kan.
Kiranya tiap awal bulan je aku mula la stress nak pi collect duit orang haih.

Tadi budak mendaftar tak seramai sem-sem dulu.
Dulu kalo semester jun mcm ni boleh dapat around 500.
Tadi yang datang tak sampai 300 pom.
Faktor dia aku rasa marketing kurang (pandai2 ja aku) and kolej swasta da mcm cendawan tumbuh pas ujan. LOL.
Apepon hopefully ade lagi yang dtg walk in daftar kolej ni sampai minggu depan..

Pahtu student sains jangan cakap la weh. Memang semakin pupus.
Pupus macam spesis lelaki baik. haha
Dulu student sains je boleh dapat sampai 4 kelas penuh.
Kira dulu mmg penat la mengajar balik2 umah  je boleh terbongkang.
Nak terbongkang tido pas keje pon pikir 100x sbb banyak nak arwah paper nak tanda.
Kalo pospon maka bertimpa-timpa la keje dikemudian hari hahaha.
LAtely ni nak boleh satu kelas pon bercinta la nak dapat.
Takpa senang sikit nak ajar kot hahahahaha. :(

Disebabkan student tak ramai, dalam kul 3 pm mcm tu dewan dah kosong.
Dulu kul 4.30 masih ada lagi budak duk datang daftar.
Sedisss baq hang.
Kemas2 kaunter bayaran then gi bahagian kewangan kolej utk buat serahan duit.
Pahtu selesai tugas marilah bergosip pulak di opis kakaka.

Takda gosip apa pon.
Perbincangan biasala duk cerita gelagat budak2 baru masuk.
Sian tgk sesetengah tu. Nampak benar nerves nak masuk mendaftar.
Ah macam tu jugak la masa aku belajar dulu pon.
Daftar asrama skolah sbp neves, daftar kmpp neves, daftar USM lagi lah neves.
Giler kau tak neves.
Tempat baru, environment baru, kawan2 baru.
Sumpah neves. Nasebla kawan2 semua superb smpai skang mmg kenangan paling manis adalah kenangan masa belajar.
Masa dah kerja ni kenangan paling manis adalah kenangan dapat gaji tiap2 bulan je. Kekeke.
Lain mmg yilek. Banyak  politik pejabat yang super stressfull je.
Haha biasala tu mana2 pon.

Dahla weh.
Naik ngantuk pulak aku maklum la siang tadi kan bekerja keras kutip duit budak haha.
Gamba suasana harp pendaftaran mmg takdak.
Malas la aku nak ckp sbb pa gamba tadak.
Nama ja nset berkamera.
Namun malangnyaaaaaaaaa....

Bye.
:D




Monday 3 June 2013

Besday Abah.

Assalamualaikum.

Ni wiken punya cerita.
Sabtu ngan ahad lepas adalah hari mengecat umah.
Tile kat porch pon dah siap so abah beli cat kalernye krim peach mcm tu nak cat kat luar.
Maklumla, kata nak buat kenduri kan. Haruslah makeover rumah hahaha.

Hari sabtu abah, apit ngn jijo gigih siapkan cat putih (lapis asas kot).
Aku tak join sbb kemas bilik aku buang apa yang patut bg kosong sket.
Hari ahad baru cat kaler plak.
Berpeluh sakan la aku. Mau ilang 5 kilo tp tak kurus pon nampak gayenye haha.
Siap 75% hari ahad tu.
Pas zohor semua pon terbongkang haha.
Abah ngn mak sambung sket lagi hari isnin since mak abah amik cuti.


Ptg dalam kul 6 nak gerak ke bangi gi Red Wok (again..) nak celebrate besday abah yang jatuh pada hari ini (isnin 3 jun).
Memula plan nak gi Bangi Golf Resort makan kat situ.
Tapi usha2 website mcm takda hidangan ala carte je so decide gi jelah REd Wok.
Gi Kg Pandan dulu amik wawa.
Haha wawa ni gf apit. First time la join makan2 ngn kitorg.
Kecik je orangnye. Kitorang ni standard size la (kecuali apit), tapi dia adelah kecik.
Jauh beza ngn apit pahtu still tak sedar diri duk sebuk tanam lagi lemak dlm badan dia. haha.


Sweet tak? LOL
Sampai2 belum kul 7 pon.
Order2 tak sampai 15 menet mknn pon sampai.
Cepat gilo servis. Mmg bagus servis cepat ni.
Seswai la ngn haku yang tahap kesabaran menunggu adalah sgt sedikit. huhu.
Since magrib pon belum masuk so makan la dulu.
In between gilir2 la gi magrib.
Surau dekat dalam tu je. Ada ekon lagi haha.


ciken marmite yg aku suka makan.




Ha tu la wawa sebelah mak tu.


Dah sudah makan tgk jam baru kul 8.30 lebih sikit.
Kitorang pusing ikut putrajaya nak tgk jembatan, Haha dah takda keja sgt la tu.
Amik gamba sekeping dua jadilah pahtu gerak balik umah.

berlatar belakangkan apetah. Masjid kot.


Disebabkan penat siang tadi tak abeh lagi, sesampai umah je kami pon tak buat apa dah.
Lepak2 umah je baring2.
Kepada abah, happy 57th birthday. Semoga dikurniakan rezeki yg tak terhingga dan diberikan kesihatan yang baik. Aminn.

Bye. :D

Thursday 30 May 2013

W.E.D.D.I.N.G.BELLS: Hantarans hunting.

Assalamualaikum.

Anem adalah budak malas.
Malas update blog.
Padahal bukan buat ape pon. hahaha.
Setelah bertegang urat ngan jijo pasal bila nak pi beli hantaran, akhirnya ahad lepas gi jugak la kami ke sekitar KL menghabiskan not2 bewarna-warni dalam wallet masing2. Sobs.
Haha bertegang urat la memasing ade banyak keje nak buat.
Aku pulak masuk bln 6 dah bz semula semester baru dah start.

Ahad pagi2 kul 10 dah gerak ke One Utama. OU ni my favorite shopping mall sbb macam2 ada.
Parkson ada. Jusco ada.
haha aku sebut outlet2 yg biasa2 je weh. Kita amik kedai2 yg affordable je ye kwn2..
Butik2 mahal2 ni aku  tak mampu so tgk dari luar je la  haha.
Masuk parkson dulu sbb dulu dah spot satu handbeg lawo masa last visit ke ou.
Last visit pon bulan ompek memang melepas la handbeg tu.
Last2 kasut ngn handbeg tak beli pon kat sini.

Gi jusco plak. Jusco ade sale sket2 maka rembat la kemeja selai, slack selai and belt kat situ.
Pengantin bajet barang2 pon kene bajet. Lagipon watpe memahal sgt bukan org nak pi tnya pon baju harga berapa. Belanja kt jusco tak byk pon. Below 150. ok la kan.
Pahtu gi giordano beli selai tshirt plak.
Ok la dari nak beli tshirt polo harga ratus2.
Gilo. Bukan leh transform jadik Aaron Aziz pon.

Tak puas ati la barang aku tak dpt.
Shoot pulak ke jalan TAR. Sogo la tu maknanya kan kakakaka.
Kat sogo mmg sakit hati  la kalo g dah dekat2 kul 1-2 pm mcm tu. Mmg ramai nak arwah.
Jijo ni bukan boleh tempat2 serabut mcm tu. Cepat je dia ajak balik hahah.
Nak pilih handbag n kasut pon mcm tergesa2.
End up dapat jugak la kasut n handbag nye.
Boleh la. Asalkan ade ye dop.

Pahtu g kedai kain Harisson depan tu pulak.
Mcm tak byk pilihan je.
Tapi naseb jumpa kaler yg boleh kata ok la jugak.
Rembat je la sehelai ngn telekung sehelai.
Lupa pulak nak singgah kedai buku Minerva tu sbb ingt satu dulang nak buh Terjemahan Al Quran bg jijo rajin sket baca quran. Haha.
Takpa la lain kali la tu.

Banyak gak abes tu. Tapi puas ati la pasai under budget lagi.
Just nk tmbah brg2 elektronik je la yg mahal sket hahahaha. Mampuih aku.
Takpala bukan selalu pon ye dop?
Tapi kos2 lain mmg byk lagi ni huhuhahasobsob.
Takpala pelan2 kayuh bayar nnt.
Manatau nnti kot2 ade org kesian tolong bayarkan. LOL.

hasil tangkapan bersama salah sorang mangsa yang kehabisan not warna-warni.haha














Skang ni tengah serabut pk pasal doorgift.
Tak tau nak letak apa dalam kotak yg aku tempah tu.
Semua benda mcm mahal je sobss.
Takda sapa ke nak sponsor?hahahahah.

Dah la weh. Penat je cerita hantaran ni sbb penat pk duit sama kakaka.
Lenkali pulak cerita lagi.
Bye. :D

Thursday 23 May 2013

W.E.D.D.I.N.G.BELLS:Tudungs

Assalamualaikum.

Err..lama pulok tak update pasal preparation september wedding ni.
Sbb semua dah tempah kan..so slow la sikit nak update nye.
Ha, ada satu kebimbangan utama aku pasal wedding punye attire nnt.
Tudung. Yes, tudung!
Argh tensi la sbb aku ni mana pandai bergaya pakai shawl ke apa.
Gi keje mmg pakai tudung bawal je aku ni.
Kiranya signature look aku adalah tudung bawal.
Dan aku nmpk ok dan yakin bila pakai tudung bawal (haha poyo).
Kalo nmpk tetibe aku mcm pakai shawl tu maknanya ade la buang tebiat hari tu tetibe feeling melilit plak hahaha.
Haih, pity me.

Dan kepantangan utama aku adalah tudung awning tu yang depan keras2 tu. Tudung awning la kot nama dia kan.
Pakai gi kedai mamak depan takpa la sbb nk cepat.
Nama nak nmpk aku pakai tudung awning g jejalan apetah lagi gi keje mmg takdela.
Pelik jadi muka aku. Eh, ke aku yang dah mmg muka pelik aku pon tak sure lak hahaha.

Makanya, aku decide la nak pakai shawl bg kelainan sket time kawen nnt.
Ye la weh, kawen sekali je. Lambat pulak tu LOL.
Takkan nak pulun tudung bawal jugak? Jemu weh.
Tapi masalahnye aku ni takdela reti mana nak melilit shawl.
Aku risau lilit punya lilit kang time majlis tetibe tanggal pulak dah jadi cerita pulak.
Hopefully tukang mekap nnt pandai le tulung lilitkan pleaseeeeeeeeeeeeeee.
I is worry.

So dah lama la google carik shawl2 menarik nak pakai.
End up aku terjumpa satu online boutique jual shawl2 namanye 'aaracloset'. Kome tgk sini.
Aku berkenan gila isabelle shawl dia. Jenis halfmoon.
Email dia tnya order mcm mana, dia kata bleh pre-order siap boleh custom made warna apa yang kita nak kaler shawl termasuk beads dia.
Aku punye lebih kurang kat bwh ni warna dia. Purple muda la dah baju nikah aku kaler purple muda ye dop?

gamba amik dr aaracloset.

Aku order dlm awal april kot.
Tadi baru sampai kat aku.
Gila seksaited aku bukak parcel kat opis td. Tgk shawl mmg cantiknye weh batu2 tu.
Macam candy hahaha.
I is very happy. Colleagues aku pon kata cantik.
Balik umah tadi try2 la pakai.
Pahtu konpius macam mana nak pakai shawl ni kakakaka. Sian weh aku ni.
Takpa2 simpan dulu dalam laci. Nanti aku tunjuk kt MUA yg aku book tu.
Nak suh dia prektis pakaikan shawl ni dulu. Boleh? hahahaha.

Tu tudung nikah. Tudung resepsi pulak kaler pink belacan, buruk benar nama belacan ni haha.
Ok la aku amik nama dusty pink la baru ada kelass.
Pon aku beli kat aarcloset tapi beli halfmoon shawl yg kosong je.
Aku dah anta pon kat taylor yg buat baju resepsi aku utk tambah la lace ke ape ikut suka dia la bg sama ngn baju.
Tengok2 nnt kang dia bg tudung kosong balik kat aku huhuhu.
Haa yang mcm ni kot aku beli tak ingat dah yang mana satu.

murah je..kot.

Belah jijo pakai je la ape yg butik tu ade malas plak aku nak pikir semua sengsorang.
Stress haku.
Bye. :)

Monday 20 May 2013

Kenduri Tini :)

Assalamualaikum.

Lama btol la baru nak publish entry ni.
Malam sabtu lepas baru sampai dari Kulim.
Kenduri Tini, one of my besties masa blaja dekat USM dulu.
Kenduri dia sabtu pagi, so aku and jimi plan bertolak dr KL jumaat pagi.
Ceritanya gini, memula jimi tak plan la nak gi pon ye la dah ade anak nak kena jaga payah la nak jalan2 turun utara lagi macam dulu kan. Pahtu tetibe dalam kesyuan mencari tiket ketapi nak pi ipoh (sbb plan asalnye yanie amik aku kt ipoh then gerak g kulim ngn keta yanie) dia call aku bgtau ngn eksaitednya Falah (laki dia) bagi dia pegi and tido semalam kat Kulim. Aku pon ape lagi, gembira la sbb lama tak turun utara ngn jimi. Jimi kata buat masa skang, rahsiakan kehadiran aku dari dayah, eju and syana. Kasik seprais.
Haha poyo je lebih kau jimi. Seprais la sgt.

Gerak dlm dekat2 kul 10 pg mengahala ke tapah nak amik yanie.. Jimi drive dulu sbb aku tak suka drive dalam ujan (byk songeh). Ujan lebat sepanjang jalan ke tapah so gerak slow2 je 90km/j hahahaha. By the time smpi kat yanie dah nak dekat kul12 lebih da. Gila slow.
Sampai yanie dah musykul sesat ke hape kami ni. 
Lagipon sbb dayah ckp dia tak sure boleh kuar dr USM kul bape. Dia ade keja nk jumpa lctrr master diorang.
Pas amik yanie dari tapah nak ke area seberang jaya barula aku bwk laju sket. Hari pon dah cerah. Smpi seberang jaya dlm kul 2pm kot pahtu kebulur. Mau tak kebulur. Dari pagi aku tak makan. Aku dah la wajib makan pagi. Pas pusing2 cari Subaidah tepi highway tu, turun la makan sambil tunggu syana, dayah ngan  eju dr usm. Trus pening kepala aku sbb angin dah naik ke kepala plus drive jauh (maklumla tempat keje sekangkang kera mana penah jalan jauh haha).

Dlm kul 3 mcm tu dayah call kata dah ade tepi jalan. Dayah, eju and syana dtg bwk preve jugak. Keter baru syana hehe.
Tapi time tu jimi baring kat kerusi belakang konon taknak bg bebudak ni nmpk la.
Sekali eju kuar keter masuk keter aku kunun tak nak bg aku sesat kat bumi Seberang Jaya tu. Ceh, seprais utk eju dah tajadi. Tapi...still eju terkujat gak ade jimi tetibe dlm keter haha.

So, ikut keter syana sampai Sunway Carnival nak carik hadiah utk pengantin. Dah paking keter kat shopping mall tu (paking sebelah2), Dayah kuar keter g ke keter aku, ayat pertama dia, "Anem, hang bwk handbeg buruk ang lagi".. ceh hampeh. Handbeg buruk aku gak yg dia alert dulu.
Kittew tak mampu nak beli handbag baru le dayah. Ittew tunggu handbeg hantaran jew hewhewhew.
Sekali nmpk Jimi, terkejut la kawan2 aku dua org tu. Melopong mulut hahahah.
Nampak dah nak bergenang air mata dah tu. Kaakakka.

Siap beli hadiah, kami pulang ke umah dayah. Mmg port menginap pon kalo mai Kulim. Sampai umah dayah biasala bukak cerita la mcm2. Dari kisah zaman muda sampai la kisah zaman2 dah tua dah ni.
Haha takdala tua sgt pon. Tp seriously, jumpa2 kwn lama ni mmg macam refreshment utk aku. haha.
Walaupun byk sebab utk aku down kalo jumpa kwn2 ni antaranya kalo nak compare gaji etc etc mmg ptt boleh down. Tapi aku gembira je. Rasa macam ok je takla stress pon. Mungkin ni la kita boleh panggil sahabat. Kalo kita rasa seseorang tu sahabat kita, kita takda sebab utk tidak bergembira dengan kelebihan yg diorg ada. Maybe kita pon ade kelebihan yang diorang akan cherish.

dayah, si tuan tanah kedaung. Thanx bg tumpah teratak ang tu.

So esoknya Sabtu 18/5/2013 gerak la kami ke kenduri Tini. Sikit sebanyak mengenai Tini, dia ni bukan satu kos ngn kami pon. Dia ni kos cikgu. Tapi rapat dengan geng2 kami sejak first year lg. Dulu, sanggup la naik tingkat 9 hostel kami demi nak makan sama2. Hari-hari ok. Dulu kami kos kimia industri semua duk tingkat 9. Budak pendididkan duk tingkat 7 kot. Tini ni rilek je dia. Orangnye tenang dan sempoi. Aku pon tak setenang dia even aku spesis tak mudah marah. Takde kecoh2 kalut2 ke ape. Sampai nak kawen pon boleh rilek lagi haha. Bulan 5 nak kawen bulan 2 tak prepare apa lg hahaha.

Sampai awal gila. Sblm kul 12 lagi. Kira macam perasmi majlis la kami ni haha. Makan dulu siap2 siap amik lauk byk2 lagi. abg katering tu macam pandang2 je. Biasalah kami kan spesis manusia berperut 4 so makan kena la byk terutamanya jimi haha. Dah sudah makan kami pon tunggula tini dlm umah dia. Lama gila la tini ni nk smpai dari tempat mekap, abeh satu umah kami bergamba haha.

Org key-hell. Jimi dan aku.

Sampai awal maka kita bergamba la dulu.

makanan mmg best. teringat-ingt. tsk tsk


Dalam kul 2 pengantin pon sampai. Tak menyempat2 la kami nak gi bergamba ngn pengantin. Haha.
Nak wat caner, orang jauh kan... kena balik awal.
Haa meh layan gamba2 dulu papehal pon.

Adik tini pas-pas mende ni kat kami. kami rasa terharu kakaka.

Pengantin kaler pink mai dah.

Hensem gak laki tini. hebat ang tini.

Ni signature pose kami every kenduri yang kami pi haha.

L-R: eju, syana, jimi, yanie, me, dayah, ema, meme

Tak dan nak sembang panjang ngan tini.
Takpa ada masa kita semua pakat kumpul and sembang lama-lama. Tapi bila la tu kan? Sobs.
Kul 2.30 kami gerak balik umah dayah. Siap2 solat jamak zohor and asar. Kul 3.30 kot gerak la ke tapah dan KL.
Sedih sebab tah bila la boleh jumpa lagi cerita panjang2.
Pasal semua pon dah ada komitmen masing-masing.
Harap2 persahabatan kami berkekalan sampai bila2. Kot2 la berbesan kan mana kita tau kan? Kakakaka.

Tu je kot cerita kenduri tini. bye. :)

Monday 13 May 2013

Jenjalan

Assalamualaikum.

Malasnya..
Malas ape pon tak tahu la bukan ada kelas pon skang ni.
Dah mmg dasarrrrr kot haha.
Owh sabtu lepas berjalan2 di Shah Alam.
Memula gi hantar borang yang nak buat kad kawen kat Jalan Pudu.
Awal2 lagi dah sampai kul 10 lebih gitu.
Masa 1st pegi dulu punyalah ramai orang nak berjalan pon kena menyelit.
Aku tempat2 ramai orang ni mulalah rasa rimas and nak keluar cepat je rasa. Haha byk songeh la kau.

Dah anta tu gerak la pulak ke Shah Alam.
Saje je. Asalnye nak g usha butik pengantin kat sana.
Poyo padahal ni dah kali ketiga pegi kekeke.
Dah book dah baju resepsi sana sebenarnye. Tapi biasalah Anem si cerewat nak arwah kan, tetibe rasa mcm tak best plak baju tu haha.

Sampai butik tu cakap la kat nak tuka baju sbb rasa sama  mcm baju resepsi belah aku (alasan je tu).
Akak tu kata takpe je since wedding nye lmbt lagi haha. Masalahnya semua yg berkenan ade org booking dah. I is sad. AKak tu kata ada 2 baju baru skang ni, satu tu warna  peach2 gak tapi malangnya, bj tu pon da ade org book.
Satu lagi dia bwk keluar tunjuk. Haha baju tu duk tgh jahit lagi batu2 dia. Almost done tp sikit2 detail blom ready.

tgk tu ada benang lagi haha
Cantik gak sebenarnye tapi jijo kata warna dia gelap. Dia warna biru nak ke ungu.
Dlm gamba nmpk mcm biru.
Tgk depan2 nmpk lebih ungu dia. Aku pon mcm taknak bj ni sbb sulam2 dia pink dah mcm warna tema belah aku plak haha.
End up tak pilih mana2 baju lagi. Akak tu kata ada 2 baju tgh on-going tak siap lagi. Nnti da siap dia bgtau aku. Kakakaka hopefully dia ingt.

Pahtu gerak la kita ke Setia City Mall. Sebenarnye nak menghabiskan BBIM jijo ade 50 hengget lagi. Tapi beli novel utk aku la bukan utk dia haha. Mmg aku je perabih sbb dia tak suke bc buku. Hahahahampeh. Beli novel Sophie Kinsella yang baru. Aku suka baca novel omputeh sbb aku mmg berlagak taknak bc novel melayu hahahha.
Takdela. Sebab kadang2 novel omputeh ni lebih surreal bebanding novel melayu yg kisah dia sama je balik2 kawen paksa haha.
Tapi ade gak novel melayu yg best..

Wedding Night by Kinsella
Lenguh kaki duduk la jap. Stamina rendah ni.

wahhh..konon


Jap je ronda2 Setia City Mall. Beli roti kat Rotiboy pahtu usha2 ipad baru pahtu dah jemu tatau nak watpe dah.
Yep, kami ni pasangan yang tak suka window shoping. Ada benda nak beli baru gi Mall.
Dah beli balik je la takdenye nak merayap. Dalam kul 2 petang je dah bukak langkah nak balik Kelompo. Asalnya nak singgah umah abg azly bincang2 pasal dorgift belah dia tp Kak laiza (akak ipar jijo) ade hal pulak. So lenkali je jijo gi.

Sampi umah pah zoho semua teruih terbongkang sbb letih sgt haha. Letih la sgt kan.
Bye.