Saturday 27 April 2013

M.A.K.A.N.MANA?: Ruz Aladdin

Assalamualaikum.

Hahahahaha. Lawak pulak nak gi makan malam ni. Asalnya mak, abah, apit, aku and jijoe plan nak makan kat Restoran Intai-Intai sebab abah nak meng'intai' tempat tu haha sebab opis abah tgk cari tempat2 best utk dinner tahun ni. Ok la tgk la website Restoran Intai-Intai saje nak tgk alamat ngan menu dia. Ce kome tgk sini (intai-intai). Restoren dia dekat-dekat ngan Restoran Istana Bamboo.

Macam biasa terlajak tu mmg harus la kitorang ni. So buat u-turn dulu kat hotel flamingo then u-turn balik kat taman hillview. Sesampai je kitorang kat situ, satu benda dah tak best iaitu parking dia. Kitorang dah macam ape susah sangat nak paking? Jauh noo. Masuk situ tgk condition ok cuma menu dia boleh pulak goreng2 dia tak buat 9untuk malam ni je kot) dia just buat lauk2 je. Wtf? Alasan dia tukang masak satu je..but still..wtf???? Setelah difikir2 akhirnya kitorang pon blah la tak order pon situ.

Last-last decide nak makan kat Ruz Aladdin. Last week aku, mak dan abah dah gi makan sana. Quite ok. Menu masakan johor mcm beriyani, mi rebus etc. Sedap not bad. Tempat selesa. Harga sedang2 tak murah dan tak mahal. Tapi takpe abah byr mahal pon takpe kakakaka. Dia takde official website tapi kalo google mmg byk je hits pasal restoren ni.

aku rembat je dr google image haha. ni branch ampang. dia ade satu lg branch ttdi kot.
Aku paling suke la kuah kicap rojak dia. Aku siap makan ngn fries lagi. Kau penah nampak org makan fries ngan kicap rojak? Aku je buat tau haha. Gamba nak tunjuk takdak sbb ittew tadew smatphone hewhewhew kamera nset pon adeww line bireww.haha.Tunggu hantaran la jijoe ye?ye?ye? Samsung S4 ye?

Bye :D

Thursday 25 April 2013

W.E.D.D.I.N.G.BELLS: Introduction.

Assalamualaikum.

Haha tajuk "introduction" macam nak buat tesis je lagaknye. Macam dah cakap dlm previous entry, bulan September ni rasa-rasa macam nak kawen (boleh pulak rasa-rasa). Eh, ade aku bgtau tak nak kawen dengan sape? Mestila dengan tunang aku takkan dengan tunang orang lain pulak haha.

Aku dah kenal lama jugak la dengan tunang aku ni. Lama tak lama dah dekat 5 tahun jugak la. Banyak sejarah perkenalan kami tapi tu later-later la cerita sbb bosan nak cerita benda tu. Haha. Tunang aku ni famili dan kwn2 dia panggil dia Jijoe. Sebab kata dia dekat Kelantan, orang nama Azizul mmg biasanya dipanggil Jijoe hahaha... and yes orang Kelantan. Tak sangka aku akhirnya nak kawen dengan org Kelantan jugak sebab dulu2 masa kecik-kecik rasa macam impossible aku akan kawen ngn orang dari Sabah, Serawak dan Kelantan sbb aku rasa jauh benar dr KL haha. Tu la bak kata Adidas, impossible is nothing. Poyo.

Aku panggil dia apa? Tah la aku panggil dia macam2 haha. Sat2 panggil abg, pahtu awak, kadang2 kalo tgh marah panggil Jijoe je. Masa mula2 kapel lagi poyo. Panggil bucuk. Loya pulak bila fikir haha. Tapi biasalah mula2 kapel kan cinta tengah membara la konon panggil bucuk la comot la apetah lagi penggilan pelik2. Mesej pon nak jiwang2 semacam leleh2 je haha. Skang ni kau jangan harap la nak dpt msj sweet2 leleh2 lagi. Ko nangis merajuk seminggu pon belum tentu dapat haha. No, seriously..aku rasa sama je dengan org lain. haha.

Aku bertunang 26/5/2012 maknanya bulan depan dah setahun la kitorang bertunang.Pergh rasa mcm baru je bertunang pejam celik dah setahun. Aku yang insist nak bertunang sbb aku tau kawen lambat lagi haha. So elok ada title tunang tu dulu. Manis la sikit nak sebut, "Ini tunang saya" berbanding "ini bf sy".. kan?haha.

Ok. Berbalik pada Sept wedding. Aku punye majlis nikah 6 Sept. Resepsi belah aku adelah hari esoknye haha 7 Sept. Resepsi belah Jijoe nextweeknya 15 Sept. Bila tengok2 balik kalender akademik semester depan 6 sept tu minggu ke 13 ke 14 tah means minggu belajar la lagi. hahahaha mampus aku kena ajar cepat2 la eh bukan mmg ajar laju ke ko nem? and kena ganti kelas awal2. Tiba-tiba rasa risau pulak. Takpa2 semua boleh setel.

Kita cerita kemuadian la details nya. Heheh.

Sunday 21 April 2013

Obsesi semasa.

Assalamualaikum.
Hai.

Aku skang ni ade obsesi baru.

  • First, beli majalah pengantin. haha. Ada 2 jenis buku pengantin aku selalu beli. Pesona Pengantin ngn Inspirasi Perkahwinan. Suka tgk baju2 pengantin. Tgk majlis2 orang len. Pahtu sendiri down sbb majlis org macam best dan meriah baq hang. Huhu takpa la depa keja bisnesman kot. Tak pon kawen ngn anak Datuk boleh la buat grand2.
  • Second obsession, usha blog-blog orang nak kawen. Suka baca persiapan diorang. Dari baju nikah la baju resepsi la pelamin la mcm2. Suka tengok pahtu berangan la nak buat itu ini dlm majlis sendiri.haha.

Nape dua2 obsesi ni merujuk pada benda2 kawen ni? Sebabnye ittew pon nak tawen la bulan 9 nnt. hewhewhew. (ayat mintak pelempang). So ittew pon kalut2 jugak la nak prepare skang ni. Haha next2 entry la citer bnyak ye dop.

Bye.

Tuesday 16 April 2013

Parent's anniversary @ RED WOK RESTAURANT

 Assalamualaikum.

Memang mencabar btol jadi blogger (kunun) ni. Baru la  aku paham nape kadang2 nape la blogger2 fav aku ni lamanya tak update entry. Memang kalo mood nak update tak dtg maka mmg takde lah nk update even hari2 duk menatap leptop dlm bilik. Malas dah satu hal, nak cari masa lagi. Dengan buta IT nye lagi huh payoh..payoh..hehe.

Anyway, jumaat lepas (12/4) anniv mak abah yg ke 32. So aku and apit (my plus siza adik haha) plan nak blanje la. Cadangan ade dua tempat, satu kat TASIK PUTRAJAYA and satu lagi kat RED WOK RESTAURANT yang letaknye kat seksyen 7 Bandar Baru Bangi.. Since dah slalu sgt makan kat tasik putrajaya, so moh le kita ke Red Wok.

Tapi before gi Bangi, kitorang g jengah homestay dulu barang setengah jam sbb bole pulak mak tertinggal kunci so taboley masuk homestay haha saba je la. Pahtu g pulak seksyen 9 jengah butik perantin hehe. So by dah nk magrib tu baru la smpi Bangi. Magrib tak kesah bole solat kat surau dia.Surau dia quite nice jugak. Ada ekon siap. Cuma ekon tak berapa sejuk maybe sbb orang duk buka tutup pintu.

depan red wok


Very nice restaurant. Pekerja dia ramai giloz. Semua pakai baju merah.Deko2 dia pon merah menyala. Memang berpeluh2 la makan situ haha. Kedai dia konsep open air. So ada kipas je ekon yilek. So bayangkan la pah makan byk2 tu berlengas abeh. Tapi berlengas ke, berminyak muka ke, takpela asalkan sedap dan puas ati makan.

Tengok menu semua menarik. Rambang mata jugak nak beli sampai penuh meja. Tamak sgt sampai byk tak abeh lauk2. Jom layan gamba je lah.

Ni nama dia chiken in a yam basket ke apetah. Tak bape kena ngn taste aku.

My fiance tunjuk perut yg boroi hasil melantak di Red Wok.



Desert amik ni. Nama lupa tp diorg kata sedap. Aku je tak try.

Lala kamheong.

Happy anniversary!


Nasi goreng ikan bilis. Ok la bole tahan sedap gak.

Poyo je t u senduk sikit je nasik. Pahtu bertambah2 jugak haha.

penuh meja.



Paling dop besh. Ni ekceli telur masin bersalut daging ke hape.tapi tak besh.

ikan masam manis. Sedap.

Menu wajib. Pong sedap.


Harga dia pon quite ok. Tak semahal Tasik Putrajaya. Tasik ni mahal sbb dia punya servis baik punye tahap hotel. So mmg harga mcm tu. Yang makanan penuh meja ni just 200 je kira ok la. 200 pon sbb kitorg order ns goreng instead of nasi putih. So tu yg jd mahal sket. Ok tu je la nak cerita hehe.

Thursday 11 April 2013

Plagiat.

Assalamualaikum.

Dah masuk minggu ketiga exam kat kolej aku ni. Sehingga entry ni aku tulis, ada 4 kes meniru membabitkan 10 org student. Wow macam pesta meniru pulak semseter ni.haha. Hari berturut-turut pulak tu. apa nak jadi la.

Kes pertama jadik dalam hall yang aku jaga tp pengawas lain yg tangkap. Modus operandi (haha) budak  ni  pakai appendix formula (paper math) paper past sem bawak masuk hall ganti ngan appendix paper sem ni siap dengan tulis nota2/rumus2 tambahan. Bijak la jugak kekdah tu. Tapi diorg kene ingt pensyarah ni lagi bijak dr diorg. Header atas kertas sem ni ngn sem lepas dah tentu2 lain.

Kes kedua pulak dah  macam pesta sbb 7 org sekaligus tertangkap. Kali ni paper akaun pulak. Kisahnye sorg pengawas ni kebetulan belek2 calculator sorg budak ni sbb gaya dia agak mcm suspicious (org buat salah mmg nampak la gelisah dia). Sekali ha kau penuh calculator budak tu ngn rumus yg ditulis ngn pensel. Apa lagi, ketua pengawas bg arahan kat pengawas len cek sorang2 punye calculator. Akhirnye dapat 7 org yg buat benda sama. Sakit kepala weh budak2 ni.

Kes ketiga sem ni guna teknologi smart phone hewhewhew. Kekdah dia boleh dijangka. Tangkap gamba nota buh dlm Nokia Lumia (siri mana taktau) pahtu agak2 mcm pengawas tak pandang curik2 la tgk. Maunya tak mencurigakan? Kitorg everytime before exam mmg pesan pd sesapa ada bwk nset letak atas lantai. Kalo dah diribanya nset tu, tak ke pengawas suspek? Yang frust nye, budak ni jenis yg otak bijak jugak and carymark tinggi. So kami rasa dia nak confirmkan jwpn dia. Kan ke dah fail. Padan muka.

Kes last ni paling kecewa. Sebab budak program aku. Kenal baik jugak budak ni. Ditangkap meniru paper fizik. Yang ni mmg terang2 ada nota bwh kertas soalan dia. Dia claim tak berniat nak meniru just terbawak nota atas meja which is absolute and utterly ridiculous. Mana mungkin kau taknak meniru tp boleh pulak nota ada bwh kertas soalan? Jangan kencing org beb. Haha even katalah betul niat meniru takdak, bw benda terlarang dlm exam hall pon kira salah okey.

Seriously guys? Takkan smpi mcm ni?




Pelik la sampai nak meniru2 ni. Buat sajalah. Belajar sajalah. Kalo tak tahu jawablah yg termampu. Prinsip aku senang, tak tahu sudah. Kalo takdir kata fail biar fail dengan bermaruah. Apa yg kita jwb time exam tu selari la dengan apa yg kita usahakan sepanjang semester. Banyak usaha byk la markah dia. Kurang usaha kurang la grade dia. Bila dah jadi kes gini, kepercayaan org dah kurang pada kita. Tahu?


Friday 5 April 2013

Exam week...yang melemaukan.

Assalamualaikum.

Final exam week is here uolls! Haha. inilah masanya untuk para student menunjukkan bakat2 mengingat, mengahafal nota, menghafal jwpn skema past sem dan mungkin mengasah bakat2 menggoreng jawapan bagi kasik sedap. Exam week sesi Mac 2013 dah bermula seminggu yang lepas lagi so kami ni pensyarah2 mmg keje goyang kaki je cuma yg tak berapa syok tu sbb kene jaga exam je la haha. Mana nak syok 3 jam tercongok, mundar mandir dlm hall.

Time final exam ni ade beberapa golongan student yang aku peratikan;

1.  Student yang rajin datang tanya soalan. - Bagus la budak2 (panggilan manja la utk student haha) ni datang bertnya benda yang diorg tak pasti.Ada yg siap buat past sem byk2 so mana2 yg mcm tak sure (read: tak reti) so diorg cari lecturer utk tnya. Untungnye kat kolej aku, pensyarah insyaAllah sentiasa ada masa untuk diorg. Bukan mcm kat universiti2 besau. Korang ingt ade masa lctrr nak layan ko? Kirim salam je. Cuma yang kdg2 annoying tu, ada budak yang dtg tnye dgn ilmu yg KOSONG didada. Dah selama 14 minggu aku ajar ko, ko nganga je ke dlm kelas? Aku kadang2 smash jugak budak2 mcm ni, aku tak marah tapi aku sindir. Miss anem mana penah marah uolls.

2. Student yang rajin buat study group. - Pon bagus jugak. Ada budak2 sains (aku jabatan sains la dah ngaja kimia kan) ni diorg everytime tiba musim exam mesti berkumpul kat kelas2 kosong utk buat study group ngan geng2 rapat. Bagus satunya yang pandai boleh tunjuk ajar yang tak berapa nak paham. Sbb aku pon paham ade budak yang segang dia lain macam bila jumpa penyarah, so pi la bincang ngn kwn dengan harapan kwn diorg tu tak sabotaj diorg bg ajaran sesat la. As for me, aku tak berapa gemar study group sejak2 zaman skolah lagi. Sebab aku ada cara sendiri utk belajar dan aku bimbang kalo buat study group, tetibe kang aku dengar kwn2 bincang pahtu mcm tatau je diorg bincang ape, fuuuhhh nerves dia boleh naik smpi kepala. So bia je la aku tatau at least tak efek emosi aku (haha alasan).

3. Student yang suka study sendiri. - Ini aku suka sbb tak menyusahkan pensyarah hahaha! Tak la aku suka je layan budak.. : D Jenis ni mcm aku la. Senyap2 je study kat hostel kalo nk tnye pon tnye la kwn2 sket2. Ada je yang study senyap2 ni mmg jenis excellent. Ada gak yg study senyap2 ni mmg jenis malas study jela asal boleh  lulus sudah.

4. Student yang suka nak mintak lctrr up/tolong carrymark dia. - You get what you deserve. Buat lebih, lebih la dapat. Buat cincai, cincai2 jugak la markah carry mark diorg aku bg. Hewhewhew. Amalan pilih kasih tak diterapkan disini. Serius.

5. Student yang suka bincang ngn lctrr lepas jwb exam. - Pon ada! Aku nmpk sorg dua kat jabatan aku. Ini jenis yang over confident ni biasanya. Dia yakin jwpn dia tip top n betul byk la in the end jadi cuak bila sedor2 byk la pulak salah/careless mistake. Ha kan dah ganggu emosi. Bagi aku let bygone be bygone. Yang sudah tu sudah. Paper next tu yg kene fokus. Aku dulu ngn membe2 baik pon tapenah bincang. Sape2 je start tnye "eh soalan ni jwpn dia ni eh bla bla bla.." aku siku perut diorg. Pantang betul aku.

6. Student yang suka bg janji manis. - " Miss, nnt sy nak jumpa miss tnye ade benda tak paham huhu". Sudahnya batang hidung tak nmpk smpai la ke hujung minggu exam. Memula mmg aku pelik gak org mcm ni, lama-lama pikir aku rasa budak2 jenis ni nak sedapkan ati kita kununnya dia berusaha la nak bg paham sblm final exam. Budak2 cenggini biasa carry mark dia rendah hehe.

Eh, penat la pulak weh pikir pasal student. Apepon pensyarah ni sentiasa mendoakan kejayaan student. Ada pensyarah mmg nmpk garang, kata-kata lctrr tu mmg boleh buat hati terbelah menjadi dua dan sebagainya (tp Miss Anem tak reti mrah budak). Tapi percayalah, semua pendidik tak pernah mendoakan kegagalan pelajarnya no matter betapa sakit hati kami kpd certain student2 tu. Serius ni.


Thursday 4 April 2013

This is my first ever post!

Assalamualaikum.

Teeehehehehe. Org len nak berblog aku pon nak tulis  blog jugak haha. Saje je sebab kadang-kadang ada banyak dalam kotak fikiran aku sampai serabut-serabut kepala tapi tak dapat nak luahkan. So why not buat satu blog yang boleh jadi medium luahkan segala yang terbuku di hati. Cewah ayat nak sastera saje.

So basically blog ni aku create sbb saje2 nak isi masa lapang. Blog ni jugak bukan merupakan blog masakan since aku mmg tatau masak. Masak biasa2 tau la mcm tak perlu je nk letak dlm ni kot haha.

Sedikit sebanyak tentang aku (macamlah orang nak maik tau);

Nama penuh: Nursila Hanim Abd Aziz (mak aku kata nama aku diinspirasikan dari penyanyi 80an Norshiela Amin tu. Bohong mak aku maka bohong la jugak aku)

Umur: Rahsia

Jantina: Pompuan la nmpn gayanya even talent kebanyakan pompuan mcm masak dan menjahit jelujur kasar tu takda pada aku stakat ni

Asal: Lahir kat Kuala Lumpur la nak lagi accurate Hospital Kuala Lumpur. IC pon no 14 kat tengah2 (konon bangga la org KL puii)

Tinggal: Pinggir Kuala Lumpur (haha nak jugak sebut KL padahal Gombak je pon)

Pekerjaan: Pensyarah Kimia.

Itu je la dulu kang citer banyak2 kang tak surprise pulok. Ke guane?