Thursday 30 May 2013

W.E.D.D.I.N.G.BELLS: Hantarans hunting.

Assalamualaikum.

Anem adalah budak malas.
Malas update blog.
Padahal bukan buat ape pon. hahaha.
Setelah bertegang urat ngan jijo pasal bila nak pi beli hantaran, akhirnya ahad lepas gi jugak la kami ke sekitar KL menghabiskan not2 bewarna-warni dalam wallet masing2. Sobs.
Haha bertegang urat la memasing ade banyak keje nak buat.
Aku pulak masuk bln 6 dah bz semula semester baru dah start.

Ahad pagi2 kul 10 dah gerak ke One Utama. OU ni my favorite shopping mall sbb macam2 ada.
Parkson ada. Jusco ada.
haha aku sebut outlet2 yg biasa2 je weh. Kita amik kedai2 yg affordable je ye kwn2..
Butik2 mahal2 ni aku  tak mampu so tgk dari luar je la  haha.
Masuk parkson dulu sbb dulu dah spot satu handbeg lawo masa last visit ke ou.
Last visit pon bulan ompek memang melepas la handbeg tu.
Last2 kasut ngn handbeg tak beli pon kat sini.

Gi jusco plak. Jusco ade sale sket2 maka rembat la kemeja selai, slack selai and belt kat situ.
Pengantin bajet barang2 pon kene bajet. Lagipon watpe memahal sgt bukan org nak pi tnya pon baju harga berapa. Belanja kt jusco tak byk pon. Below 150. ok la kan.
Pahtu gi giordano beli selai tshirt plak.
Ok la dari nak beli tshirt polo harga ratus2.
Gilo. Bukan leh transform jadik Aaron Aziz pon.

Tak puas ati la barang aku tak dpt.
Shoot pulak ke jalan TAR. Sogo la tu maknanya kan kakakaka.
Kat sogo mmg sakit hati  la kalo g dah dekat2 kul 1-2 pm mcm tu. Mmg ramai nak arwah.
Jijo ni bukan boleh tempat2 serabut mcm tu. Cepat je dia ajak balik hahah.
Nak pilih handbag n kasut pon mcm tergesa2.
End up dapat jugak la kasut n handbag nye.
Boleh la. Asalkan ade ye dop.

Pahtu g kedai kain Harisson depan tu pulak.
Mcm tak byk pilihan je.
Tapi naseb jumpa kaler yg boleh kata ok la jugak.
Rembat je la sehelai ngn telekung sehelai.
Lupa pulak nak singgah kedai buku Minerva tu sbb ingt satu dulang nak buh Terjemahan Al Quran bg jijo rajin sket baca quran. Haha.
Takpa la lain kali la tu.

Banyak gak abes tu. Tapi puas ati la pasai under budget lagi.
Just nk tmbah brg2 elektronik je la yg mahal sket hahahaha. Mampuih aku.
Takpala bukan selalu pon ye dop?
Tapi kos2 lain mmg byk lagi ni huhuhahasobsob.
Takpala pelan2 kayuh bayar nnt.
Manatau nnti kot2 ade org kesian tolong bayarkan. LOL.

hasil tangkapan bersama salah sorang mangsa yang kehabisan not warna-warni.haha














Skang ni tengah serabut pk pasal doorgift.
Tak tau nak letak apa dalam kotak yg aku tempah tu.
Semua benda mcm mahal je sobss.
Takda sapa ke nak sponsor?hahahahah.

Dah la weh. Penat je cerita hantaran ni sbb penat pk duit sama kakaka.
Lenkali pulak cerita lagi.
Bye. :D

Thursday 23 May 2013

W.E.D.D.I.N.G.BELLS:Tudungs

Assalamualaikum.

Err..lama pulok tak update pasal preparation september wedding ni.
Sbb semua dah tempah kan..so slow la sikit nak update nye.
Ha, ada satu kebimbangan utama aku pasal wedding punye attire nnt.
Tudung. Yes, tudung!
Argh tensi la sbb aku ni mana pandai bergaya pakai shawl ke apa.
Gi keje mmg pakai tudung bawal je aku ni.
Kiranya signature look aku adalah tudung bawal.
Dan aku nmpk ok dan yakin bila pakai tudung bawal (haha poyo).
Kalo nmpk tetibe aku mcm pakai shawl tu maknanya ade la buang tebiat hari tu tetibe feeling melilit plak hahaha.
Haih, pity me.

Dan kepantangan utama aku adalah tudung awning tu yang depan keras2 tu. Tudung awning la kot nama dia kan.
Pakai gi kedai mamak depan takpa la sbb nk cepat.
Nama nak nmpk aku pakai tudung awning g jejalan apetah lagi gi keje mmg takdela.
Pelik jadi muka aku. Eh, ke aku yang dah mmg muka pelik aku pon tak sure lak hahaha.

Makanya, aku decide la nak pakai shawl bg kelainan sket time kawen nnt.
Ye la weh, kawen sekali je. Lambat pulak tu LOL.
Takkan nak pulun tudung bawal jugak? Jemu weh.
Tapi masalahnye aku ni takdela reti mana nak melilit shawl.
Aku risau lilit punya lilit kang time majlis tetibe tanggal pulak dah jadi cerita pulak.
Hopefully tukang mekap nnt pandai le tulung lilitkan pleaseeeeeeeeeeeeeee.
I is worry.

So dah lama la google carik shawl2 menarik nak pakai.
End up aku terjumpa satu online boutique jual shawl2 namanye 'aaracloset'. Kome tgk sini.
Aku berkenan gila isabelle shawl dia. Jenis halfmoon.
Email dia tnya order mcm mana, dia kata bleh pre-order siap boleh custom made warna apa yang kita nak kaler shawl termasuk beads dia.
Aku punye lebih kurang kat bwh ni warna dia. Purple muda la dah baju nikah aku kaler purple muda ye dop?

gamba amik dr aaracloset.

Aku order dlm awal april kot.
Tadi baru sampai kat aku.
Gila seksaited aku bukak parcel kat opis td. Tgk shawl mmg cantiknye weh batu2 tu.
Macam candy hahaha.
I is very happy. Colleagues aku pon kata cantik.
Balik umah tadi try2 la pakai.
Pahtu konpius macam mana nak pakai shawl ni kakakaka. Sian weh aku ni.
Takpa2 simpan dulu dalam laci. Nanti aku tunjuk kt MUA yg aku book tu.
Nak suh dia prektis pakaikan shawl ni dulu. Boleh? hahahaha.

Tu tudung nikah. Tudung resepsi pulak kaler pink belacan, buruk benar nama belacan ni haha.
Ok la aku amik nama dusty pink la baru ada kelass.
Pon aku beli kat aarcloset tapi beli halfmoon shawl yg kosong je.
Aku dah anta pon kat taylor yg buat baju resepsi aku utk tambah la lace ke ape ikut suka dia la bg sama ngn baju.
Tengok2 nnt kang dia bg tudung kosong balik kat aku huhuhu.
Haa yang mcm ni kot aku beli tak ingat dah yang mana satu.

murah je..kot.

Belah jijo pakai je la ape yg butik tu ade malas plak aku nak pikir semua sengsorang.
Stress haku.
Bye. :)

Monday 20 May 2013

Kenduri Tini :)

Assalamualaikum.

Lama btol la baru nak publish entry ni.
Malam sabtu lepas baru sampai dari Kulim.
Kenduri Tini, one of my besties masa blaja dekat USM dulu.
Kenduri dia sabtu pagi, so aku and jimi plan bertolak dr KL jumaat pagi.
Ceritanya gini, memula jimi tak plan la nak gi pon ye la dah ade anak nak kena jaga payah la nak jalan2 turun utara lagi macam dulu kan. Pahtu tetibe dalam kesyuan mencari tiket ketapi nak pi ipoh (sbb plan asalnye yanie amik aku kt ipoh then gerak g kulim ngn keta yanie) dia call aku bgtau ngn eksaitednya Falah (laki dia) bagi dia pegi and tido semalam kat Kulim. Aku pon ape lagi, gembira la sbb lama tak turun utara ngn jimi. Jimi kata buat masa skang, rahsiakan kehadiran aku dari dayah, eju and syana. Kasik seprais.
Haha poyo je lebih kau jimi. Seprais la sgt.

Gerak dlm dekat2 kul 10 pg mengahala ke tapah nak amik yanie.. Jimi drive dulu sbb aku tak suka drive dalam ujan (byk songeh). Ujan lebat sepanjang jalan ke tapah so gerak slow2 je 90km/j hahahaha. By the time smpi kat yanie dah nak dekat kul12 lebih da. Gila slow.
Sampai yanie dah musykul sesat ke hape kami ni. 
Lagipon sbb dayah ckp dia tak sure boleh kuar dr USM kul bape. Dia ade keja nk jumpa lctrr master diorang.
Pas amik yanie dari tapah nak ke area seberang jaya barula aku bwk laju sket. Hari pon dah cerah. Smpi seberang jaya dlm kul 2pm kot pahtu kebulur. Mau tak kebulur. Dari pagi aku tak makan. Aku dah la wajib makan pagi. Pas pusing2 cari Subaidah tepi highway tu, turun la makan sambil tunggu syana, dayah ngan  eju dr usm. Trus pening kepala aku sbb angin dah naik ke kepala plus drive jauh (maklumla tempat keje sekangkang kera mana penah jalan jauh haha).

Dlm kul 3 mcm tu dayah call kata dah ade tepi jalan. Dayah, eju and syana dtg bwk preve jugak. Keter baru syana hehe.
Tapi time tu jimi baring kat kerusi belakang konon taknak bg bebudak ni nmpk la.
Sekali eju kuar keter masuk keter aku kunun tak nak bg aku sesat kat bumi Seberang Jaya tu. Ceh, seprais utk eju dah tajadi. Tapi...still eju terkujat gak ade jimi tetibe dlm keter haha.

So, ikut keter syana sampai Sunway Carnival nak carik hadiah utk pengantin. Dah paking keter kat shopping mall tu (paking sebelah2), Dayah kuar keter g ke keter aku, ayat pertama dia, "Anem, hang bwk handbeg buruk ang lagi".. ceh hampeh. Handbeg buruk aku gak yg dia alert dulu.
Kittew tak mampu nak beli handbag baru le dayah. Ittew tunggu handbeg hantaran jew hewhewhew.
Sekali nmpk Jimi, terkejut la kawan2 aku dua org tu. Melopong mulut hahahah.
Nampak dah nak bergenang air mata dah tu. Kaakakka.

Siap beli hadiah, kami pulang ke umah dayah. Mmg port menginap pon kalo mai Kulim. Sampai umah dayah biasala bukak cerita la mcm2. Dari kisah zaman muda sampai la kisah zaman2 dah tua dah ni.
Haha takdala tua sgt pon. Tp seriously, jumpa2 kwn lama ni mmg macam refreshment utk aku. haha.
Walaupun byk sebab utk aku down kalo jumpa kwn2 ni antaranya kalo nak compare gaji etc etc mmg ptt boleh down. Tapi aku gembira je. Rasa macam ok je takla stress pon. Mungkin ni la kita boleh panggil sahabat. Kalo kita rasa seseorang tu sahabat kita, kita takda sebab utk tidak bergembira dengan kelebihan yg diorg ada. Maybe kita pon ade kelebihan yang diorang akan cherish.

dayah, si tuan tanah kedaung. Thanx bg tumpah teratak ang tu.

So esoknya Sabtu 18/5/2013 gerak la kami ke kenduri Tini. Sikit sebanyak mengenai Tini, dia ni bukan satu kos ngn kami pon. Dia ni kos cikgu. Tapi rapat dengan geng2 kami sejak first year lg. Dulu, sanggup la naik tingkat 9 hostel kami demi nak makan sama2. Hari-hari ok. Dulu kami kos kimia industri semua duk tingkat 9. Budak pendididkan duk tingkat 7 kot. Tini ni rilek je dia. Orangnye tenang dan sempoi. Aku pon tak setenang dia even aku spesis tak mudah marah. Takde kecoh2 kalut2 ke ape. Sampai nak kawen pon boleh rilek lagi haha. Bulan 5 nak kawen bulan 2 tak prepare apa lg hahaha.

Sampai awal gila. Sblm kul 12 lagi. Kira macam perasmi majlis la kami ni haha. Makan dulu siap2 siap amik lauk byk2 lagi. abg katering tu macam pandang2 je. Biasalah kami kan spesis manusia berperut 4 so makan kena la byk terutamanya jimi haha. Dah sudah makan kami pon tunggula tini dlm umah dia. Lama gila la tini ni nk smpai dari tempat mekap, abeh satu umah kami bergamba haha.

Org key-hell. Jimi dan aku.

Sampai awal maka kita bergamba la dulu.

makanan mmg best. teringat-ingt. tsk tsk


Dalam kul 2 pengantin pon sampai. Tak menyempat2 la kami nak gi bergamba ngn pengantin. Haha.
Nak wat caner, orang jauh kan... kena balik awal.
Haa meh layan gamba2 dulu papehal pon.

Adik tini pas-pas mende ni kat kami. kami rasa terharu kakaka.

Pengantin kaler pink mai dah.

Hensem gak laki tini. hebat ang tini.

Ni signature pose kami every kenduri yang kami pi haha.

L-R: eju, syana, jimi, yanie, me, dayah, ema, meme

Tak dan nak sembang panjang ngan tini.
Takpa ada masa kita semua pakat kumpul and sembang lama-lama. Tapi bila la tu kan? Sobs.
Kul 2.30 kami gerak balik umah dayah. Siap2 solat jamak zohor and asar. Kul 3.30 kot gerak la ke tapah dan KL.
Sedih sebab tah bila la boleh jumpa lagi cerita panjang2.
Pasal semua pon dah ada komitmen masing-masing.
Harap2 persahabatan kami berkekalan sampai bila2. Kot2 la berbesan kan mana kita tau kan? Kakakaka.

Tu je kot cerita kenduri tini. bye. :)

Monday 13 May 2013

Jenjalan

Assalamualaikum.

Malasnya..
Malas ape pon tak tahu la bukan ada kelas pon skang ni.
Dah mmg dasarrrrr kot haha.
Owh sabtu lepas berjalan2 di Shah Alam.
Memula gi hantar borang yang nak buat kad kawen kat Jalan Pudu.
Awal2 lagi dah sampai kul 10 lebih gitu.
Masa 1st pegi dulu punyalah ramai orang nak berjalan pon kena menyelit.
Aku tempat2 ramai orang ni mulalah rasa rimas and nak keluar cepat je rasa. Haha byk songeh la kau.

Dah anta tu gerak la pulak ke Shah Alam.
Saje je. Asalnye nak g usha butik pengantin kat sana.
Poyo padahal ni dah kali ketiga pegi kekeke.
Dah book dah baju resepsi sana sebenarnye. Tapi biasalah Anem si cerewat nak arwah kan, tetibe rasa mcm tak best plak baju tu haha.

Sampai butik tu cakap la kat nak tuka baju sbb rasa sama  mcm baju resepsi belah aku (alasan je tu).
Akak tu kata takpe je since wedding nye lmbt lagi haha. Masalahnya semua yg berkenan ade org booking dah. I is sad. AKak tu kata ada 2 baju baru skang ni, satu tu warna  peach2 gak tapi malangnya, bj tu pon da ade org book.
Satu lagi dia bwk keluar tunjuk. Haha baju tu duk tgh jahit lagi batu2 dia. Almost done tp sikit2 detail blom ready.

tgk tu ada benang lagi haha
Cantik gak sebenarnye tapi jijo kata warna dia gelap. Dia warna biru nak ke ungu.
Dlm gamba nmpk mcm biru.
Tgk depan2 nmpk lebih ungu dia. Aku pon mcm taknak bj ni sbb sulam2 dia pink dah mcm warna tema belah aku plak haha.
End up tak pilih mana2 baju lagi. Akak tu kata ada 2 baju tgh on-going tak siap lagi. Nnti da siap dia bgtau aku. Kakakaka hopefully dia ingt.

Pahtu gerak la kita ke Setia City Mall. Sebenarnye nak menghabiskan BBIM jijo ade 50 hengget lagi. Tapi beli novel utk aku la bukan utk dia haha. Mmg aku je perabih sbb dia tak suke bc buku. Hahahahampeh. Beli novel Sophie Kinsella yang baru. Aku suka baca novel omputeh sbb aku mmg berlagak taknak bc novel melayu hahahha.
Takdela. Sebab kadang2 novel omputeh ni lebih surreal bebanding novel melayu yg kisah dia sama je balik2 kawen paksa haha.
Tapi ade gak novel melayu yg best..

Wedding Night by Kinsella
Lenguh kaki duduk la jap. Stamina rendah ni.

wahhh..konon


Jap je ronda2 Setia City Mall. Beli roti kat Rotiboy pahtu usha2 ipad baru pahtu dah jemu tatau nak watpe dah.
Yep, kami ni pasangan yang tak suka window shoping. Ada benda nak beli baru gi Mall.
Dah beli balik je la takdenye nak merayap. Dalam kul 2 petang je dah bukak langkah nak balik Kelompo. Asalnya nak singgah umah abg azly bincang2 pasal dorgift belah dia tp Kak laiza (akak ipar jijo) ade hal pulak. So lenkali je jijo gi.

Sampi umah pah zoho semua teruih terbongkang sbb letih sgt haha. Letih la sgt kan.
Bye.







Tuesday 7 May 2013

W.E.D.D.I.N.G.BELLS:Baju Nikah

Assalamualaikum.

Disebabkan wedding lambat lagi, so aku update la sikit2.
Haha padahal takde idea. Haha takpa aku cuba update.
Yang ni nak cerita pasal baju nikah.
Aku nak pakai tema bollywood. Bollywood la sangat kau kan. Haha.
Takde lah tema aku pink purple je.
Aku ni kalo sape2 kenal rapat mmg tau la kebanyakan baju aku kaler purple. Well, banyak la jugak.
Kalo duduk kedai kain nak buat baju raya mmg mata duk tgk yang kaler purple je.
Pink tu aku saje2 je tambah bg efek manis kakakaka manisla sangat.

So aku decide nak pakai purple time nikah.
Purple muda la purple terang/gelap kang trus takleh lafaz nikah jijo tgk haku kakaka.
Pahtu tgk gamba kawen orang lain rasa nyesal pulak tak pakai putih. hahaha. Ah hentam je la
Kain dia aku beli pekej sepasang ngan kain baju melayu lelaki kat kedai nama First Impression kat jalan TAR. Ok la kain dia boleh tahan kalo nak beli kat Gulatis aku tak mampu kakaka.
Sponsor takdak. LOL.
Kain tu beli pon sebab nak letak atas dulang hantaran masa tunang dulu.
So dah beli kita pakai je la watpe membazir.

Gambo kain tadop. Lagipon dah anta tailor hehe.
Asalnye nak wat fesyen cenggini.


















Kain dia tu yg menggoda tu. Flowy je. Ha mmg style orang2 skang pakai kan.
Sekali bawak kain ngan gamba ni kat tailor dia cakap taleh buat style cenggini.
Sebabnye kain yg aku beli tu cukup-cukup je. Kalo nak buat kain cenggini belah kain tu kena 3 meter.
Gagagagagag :C
Kecewa baq hang.
So decide buat kurung moden je la, kainnye kain duyung kot (duyung ke org panggil?) with few details kat hujung tangan.
Kau tapayah poyo sangat la detail2 bagai. Butang je pon hujung tangan tu kakakka.
Cenggini la kot rupenye butang tu nnt tatau la hasilnye ape bulan 6 baru siap.

gamba ni sku amik kat blog bride to be nama apetah.byk la blog aku bc huhu xingt
















Kene follow up la tailor tu kang dia lupe pulak butang ni haha.
Dah le kain flow2 tak dapat. Takkan butang pon takde? I is sad.
Hehe takpe nnt gi la tgh hujung bln 5 ke gi follow up. Lagipon baju raya tak hantar lagi ni haha.

Eh ngantuk aku citer panjang2 ni tah2 org lain lagi ngantuk baca citer aku yg tak mencabar ni.
Bye nak tido.

Besday aku.

Assalamualaikum.

Semalam besday aku yang ke 28.
Yeah dah tak berapa muda dah aku.
Dan aku blom kawen lagi ni sobss. Haha poyo.

Takde ape yang best pon besday yg ke 28.
Sama je mcm besday2 yang lain.
Kali ni lagi la org duk sebuk dengan PRU13.
Besday aku semalam ni kira harap FB je la tulun remind kat kengkawan kakaka.
Takpa la at least diorg spend gak sedikit masa utk tulis kat wall aku.

Jijoe pulak semalam pg baru bertolak dari KB dekat-dekat magrib baru sampai Gombak.
Dia sampai pon dengan letih2 tu takkan nak gerak terus gi celebrate (konon) ye tak?
Sudahnya pah isyak jugak keluar.
Semalam hujan lebat giloz dengan angin menderu-deru (haha) rasa nak terbang kereta. So decide gi tempat berbumbung la. Decide punya decide akhirnya gi Festival City je la dokat sikit kang jauh2 sangat tutup pulak semua kedai makan celebrate kat mamak je kang.




Sampai Festival City. Aku suh jijo tangkap ngan honda civic sebelah tu. Preve watpe haha.

Masuk Festival pon blur2 tatau nak makan ape sbb mood makan dah mcm takde. Jijo dengan penat dia. Aku plak kalo malam2 sgt dah kurang la rasa nak makan. Ye2 je kau. Abeh gak makan smlm haha.
Last2 gi keny rogers je la malas pikir. Ada Sakura Kristal tp tapena makan situ kang tatau nk order ape plak.
Aku hentam je weh lilit2 shawl tu. Aku kan reti tudung bawal je.haha

Langkah selamat gi je la kedai yang penah makan. MAlangnya, maybe sbb dah nak tutup kot, muffin dia sejuk. Ayam dia jijo kata macam keras (yang sebenarnya dia bukan reti makan western sgt). Spegeti yg aku order ok la panas dan sedap end up licin la pinggan aku dah dua2 bedal spegeti aku. Ayam tu pon paksa gak jijo makan kang membazir plak. Side dishes dia mmg tak abeh.

Keluar dari kedai tu rasa mcm kecewa jugak la, makan Sakura Kristal pon takpe huhu. Tapi takpelah at least jijo blanje dah kira ok. Balik cepat2 ke umah sbb jijo dah tak larat sgt nak drive pon mcm lalok2 huhu. Kat umah dia bg la kad besday tp tak snap pon gamba (aku kan takda kamera haha).

Dengan peningkatan usia ni diharapkan byk la kemajuan dalam diri in terms of ilmu, amal, dan rezeki. Looking forward rezeki yang nak dtg bulan Sept nnt. Aku percaya setiap perkahwinan Allah kurniakan rezeki dan semoga Allah permudahkan urusan kami ke arah itu.
Aku bukan la baik sgt. Jauh la dari baik tu kalo nak dibandingkan org lain jauh lg bagus tapi aku berdoa supaya Allah bantu aku didik diri jadi lagi baik. Amin.

Saturday 4 May 2013

PRU 13

Assalamualaikum.

Dah undi?
Aku dah pon selamat menunaikan tanggungjwb kepada negara. hahaha poyo.
Untuk PRU13 ni aku first time mengundi. Thn 2008 aku kalut2 apa tah tak dan plak nak daftar tgk2 dah pilihan raya. So terlepas PRU12.

Tadi bg pagi2 gi jogging dulu papehal pon.
Ha tiap hari ahad aku jogging kat Taman Tasik Perdana.
Blergh..jogging la sgt kan? Takpa la at least wat jugak aktiviti luar keluarkan peluh daripada terbongkang tido smpi tengahari. Haha.
Kul 8 pas balik jog tak balik mandi ke ape aku dah smpi kat pusat mengundi kat Sek Men Taman Selayang.
Sesampai je td line dah panjang. Hoho aku ingt aku la yg paling awal hahaha.
Rupanya tidak.

Flow line macam lambat sikit. Aku ni dah la jenis takleh sabar kalo line2 panjang ni.
Kalo la leh undi esok, mau aku kuar barisan and datang semula esok pg haha.
Yep, aku kurang la bab tunggu2 org ni. Even oder mknn kt kedai makan pon kalo dah 15 minit tu aku dah panas hati mula tak senang duduk. Sama gak la ngn barisan panjang2.
Tengok wayang pon mesti beli tiket online jarang la beratur sebab mmg aku jenis kurang sabar. Haha.
Bagi aku, byk lagi keja boleh buat dari spend time beratur lama2.

Lari pulak topik haha. Dlm lebih kurang setengah jam baru leh masuk bilik mengundi.
Jari pon dah di calit dakwat even aku rasa mcm tak perlu kot kalo SPR jenis bebas dan adil dan tau cara nak bg  proses buang undi dan pilihan raya tu clean dr benda2 mengarut then aku rasa dakwat2 ni tak perlu.
Aku rasa yg buat line slow ni pon sbb sibuk nak lukis2 kat jari kita tu la hahaha.

Then lepas mengundi rasa lega la sikit. At least dah tunaikan tanggungjwb. Lega jugak sbb 2008 tak sempat mengundi haha. Kita tunggu result malam ni dan aku doa agar Allah selamatkan negara Malaysia dari bencana dan sesiapa pon yang perintah aku harap lebih adil, lebih baik, lebih maju dan lebih byk rezeki utk rakyat. Hmm.






Takdo puloks gamba nak tunjuk proses gi mengundi. Seriously, i need new phone with a good camera. huhuhuhu. Lmbt lagi bulan September ni. Nak phone baru. Nak. NAk.

Bye

Friday 3 May 2013

Meet the fiance.

Assalamualaikum.

heheehe



















Amacam? Hensem dop? Haha.

Nama diberi adalah Azizul Fitri bin Abdul Kadir. Obviously, aku (dan sesapa pon yang kenal rapat ngn dia) panggil dia jijoe. Well of coz la aku tak pnggil dia Jijoe nama pon tunang titew mesti lew panggil manja-manja sikit hewhewhew. Yeah,wekks.
Poyo la korang. Tipulah kalo tak panggil manja2 dengan bf/tunang kakakaka.

Umur dia 2 tahun tua dari aku. Kira kalo skang umur aku 18 dia dah masuk 20 la hahaha. Tapiiiii dia ni nampak forever young sebab dia jenis kecik dan manis gitu haha matikla puji tunang sendiri. Betul la bukan aku cakap, orang lain yang cakap. aku tolong sampaikan je tehehehe. Kalo dia forever young kira aku nmpk childish la kan kan. Ok tu tipu.

Asal kelantan  aku da bgtau pon previous entry. Anak bongsu dari 4 beradik. Being the baby of the family aku boleh conclude dia ni nak kata manja tu tak tahula manja ke tak sebab dia dah takda mak abah utk bermanja sobss. Tapi dia suka buat apa2 mesti ada aku sekali (since jumpa aku la). Orang boleh kata mcm tak indenpendent je, tapi takdela semua nak bergantung pada aku. Just dia ni suka kalo pergi mana2, buat ape2, beli ape2 even order makanan ngn aku. Naseb bek anem ni jenis tak kisah hentam je. Haha.

Pemalu? Haha ye la kot. Pemalu tapi takde la taknak bercakap langsung dengan orang cuma dia bukan macam aku, orang baru jumpa pon aku bole cerita byk. Memamg patut pon jadi lecturer aku ni. Dia kalo org dia dah kenal lama macam famili aku, kawan2 aku, kawan2 baik dia, then dia bole je sembang lebat haha.

Gila game. Yang ni bole buat aku marah. Dia punya layan game tak kira la game nset ke game pc ke ni sungguh2 sampai aku cerita ape pon dia KIV dulu. Kau KIV la aku, aku merajuk kau jugak susah nnti. Nightmare kang hahaha. Payah tido malam pon satu sifat mazmumah dia haha. Kesian pon ye. Nak marah pon ye. Ye la kadang2 kul 4 pg tak tido lagi. Dia kata dia golek2 tak lelap haha kesian. Aku kul 12 dah mamai2. Kalo hari keje kul 11 dan lali dah. Pelik2. Dah bila payah tido malam for sure nak bgn pagi tu nauzubillah punya la sengsara nak mengejutnya.

Sifat mahmudah dia byk. Haha. Antaranya la aku bagi kang org cakap aku up bakal laki pulok haha.
Penyabar kot. At least penyabar la ngn perangai emo aku haha. Eh biasala pompuan emo kan? Tapi yang bagusnya bila aku tgh jadi api, dia takdela nak ikut jadi api jugak. Dia tenang je. Lama-lama aku pon ikut ok la. Lama-lama tu kira mmg lamaaaa jugak la br ok haha. Cuma yang tak bestnya dia kureng sket bab memujuk. Aku rasa lelaki mmg fail bab ni. Kene berguru dulu.


Bijak. Bijak la kot dari aku. Even aku dah Master holder pon aku  rasa aku takleh challenge dia punya smart especially dalam benda2 mengira dan benda2 sains. Aku pon pandai gak (haha nak jugak) tapi aku ngaku aku hanya expert okay tang Kimia je and a little bit of Biology sbb both my fav cabang dlm sains. Try bg  aku Fizik ngn math. Terjajau-jajau (eh ade ke word ni?) la aku. Dia masa Diploma dulu (kata pandai apesal amek diploma lak?ni byk kalo nak cerita ni kene buat satu entry LOL) , semua paper sains (tak kira kimia, bio, fizik, math) dia kasik A paling cikai A-. Kalo subjek Math lagi la, tak sah kalo tak A+. Haha puji lebih nmpak? Aku kagum kot. Sbb aku Math time matrik pon bercinta baru leh dpt B+.
Tapi tu la. Budak laki ni masalah dia satu je. Malas. Blerghh.


Dulu dia ni halus je. Kurus kering. Kalo jalan ngn aku mmg org ingt adik aku tapi versi putih sket (ye la aku kan itam tapi manis). Tapi kadar peningkatan berat dia dan isipadu perut dia berkadar langsung la selama kitorang dah kenal2 5tahun ni. Skang ni semangat dah. Kalo berdiri sebelah2 dah sama size uolls asalkan aku tak pakai heels so dia ok hahaha.

Dah la weh puji Jijoe ni. Dia bukan nak belanja sekor teddy  bear pon aku puji lebih2 ni haha.
Bye.

Owh sebelum tu,


eh aku takdela itam sgt. sawo matang je tu











Thursday 2 May 2013

W.E.D.D.I.N.G.BELLS: Preparation?

Assalamualaikum.

Hoih lagi 5 bulan lg ape kecoh pasal p reparation?haha.
Being me, aku suka everything well planed. Even pas bgn pagi je aku dah tau ape aku nak buat hari tu. Kalo mengajar aku dah plan betul2 sampai mana aku akan ajar and ape benda yang aku harap aku bg pada student.
 Yup, sgt well planned. Haha masa blaja kt usm dulu, kawan2 baik aku suka usik aku pasal benda ni. Contoh, "Anem, sok tghr kita akan makan kat mana.." haha hampeh tapi aku tak amik ati pon sbb dah mmg perangai aku mcm tu.

Orang yg well planned mcm aku ni ade baik buruk dia. Yang baiknye obviously kita dapat achieve satu2 benda yang kita nak buat dan tak tergesa2 bila tiba deadline. Yang baiknye lagi every semester aku la lecturer yang pertama akan habiskan silibus dulu. Bukan ajar laju sangat pon, budak2 aku tak pernah komplen (aku rasa la) aku ngaja laju but yet aku boleh habis awal dari orang lain. Haha macam berlagak kan? Tapi mmg hakikat.

Tapi yang buruknya, bila tiba2 plan yg aku buat (dalam hari) tu ada gangguan contohnya tetibe famili ajak pi tempat len. or else tak dpt achieve certain2 chapter yang aku nak ajar, aku tibe2 boleh jadi stress. Tiba2 boleh jadi hassle and grumpy like a fat cat haha ape kaitan fat cat pulak.

So, berbalik pada wedding preparation, sejak2 pas tunang lagi dah pikir itu ini dah. Dah mula tercari2 vendor2 nak booking. Haha. Semangat.

Setakat hari ni je aku dah booking official photographer (OP), mekap nikah and resepsi belah aku, baju nikah, baju resepsi dua2 belah, mekap resepsi belah jijo, mini pelanin utk nikah, kasut resepsi kad and kotak doorgift. Eh byk pulak aku dah buat rupanya. Rasa mcm byk benda tak jalan lagi je hahaha.
Aku siap buat satu file khas utk organize wedding aku ni hahaha beria-ia nampaknye. Kat dalam file tu la segala tok nenek resit, checklist etc related to the wedding. Amacam?Organize tak?
Bab-bab katering, makan minum tu mak and abah yang uruskan la hewhewhew..

Detail2 pasal benda yang aku dah tempah nanti-nanti la update kasik proper sket since gambo pon tadop nak tunjuk. Almaklumla..kamera pon takdo..kamera nset pon dah ranap taleh pakai. Harap kamera S3 jijoe je la. Jijoe ni pon masalahnye kalo tak disuruh amik gambo mmg simpan je la nset tu dalam poket. End up segala2nya takdo gamba. Saba je la.

Blog ni pon mana ada reader lagi. Nak promot pon tak reti. Buta IT sungguh. Facebook je la aku tau.