Friday 5 April 2013

Exam week...yang melemaukan.

Assalamualaikum.

Final exam week is here uolls! Haha. inilah masanya untuk para student menunjukkan bakat2 mengingat, mengahafal nota, menghafal jwpn skema past sem dan mungkin mengasah bakat2 menggoreng jawapan bagi kasik sedap. Exam week sesi Mac 2013 dah bermula seminggu yang lepas lagi so kami ni pensyarah2 mmg keje goyang kaki je cuma yg tak berapa syok tu sbb kene jaga exam je la haha. Mana nak syok 3 jam tercongok, mundar mandir dlm hall.

Time final exam ni ade beberapa golongan student yang aku peratikan;

1.  Student yang rajin datang tanya soalan. - Bagus la budak2 (panggilan manja la utk student haha) ni datang bertnya benda yang diorg tak pasti.Ada yg siap buat past sem byk2 so mana2 yg mcm tak sure (read: tak reti) so diorg cari lecturer utk tnya. Untungnye kat kolej aku, pensyarah insyaAllah sentiasa ada masa untuk diorg. Bukan mcm kat universiti2 besau. Korang ingt ade masa lctrr nak layan ko? Kirim salam je. Cuma yang kdg2 annoying tu, ada budak yang dtg tnye dgn ilmu yg KOSONG didada. Dah selama 14 minggu aku ajar ko, ko nganga je ke dlm kelas? Aku kadang2 smash jugak budak2 mcm ni, aku tak marah tapi aku sindir. Miss anem mana penah marah uolls.

2. Student yang rajin buat study group. - Pon bagus jugak. Ada budak2 sains (aku jabatan sains la dah ngaja kimia kan) ni diorg everytime tiba musim exam mesti berkumpul kat kelas2 kosong utk buat study group ngan geng2 rapat. Bagus satunya yang pandai boleh tunjuk ajar yang tak berapa nak paham. Sbb aku pon paham ade budak yang segang dia lain macam bila jumpa penyarah, so pi la bincang ngn kwn dengan harapan kwn diorg tu tak sabotaj diorg bg ajaran sesat la. As for me, aku tak berapa gemar study group sejak2 zaman skolah lagi. Sebab aku ada cara sendiri utk belajar dan aku bimbang kalo buat study group, tetibe kang aku dengar kwn2 bincang pahtu mcm tatau je diorg bincang ape, fuuuhhh nerves dia boleh naik smpi kepala. So bia je la aku tatau at least tak efek emosi aku (haha alasan).

3. Student yang suka study sendiri. - Ini aku suka sbb tak menyusahkan pensyarah hahaha! Tak la aku suka je layan budak.. : D Jenis ni mcm aku la. Senyap2 je study kat hostel kalo nk tnye pon tnye la kwn2 sket2. Ada je yang study senyap2 ni mmg jenis excellent. Ada gak yg study senyap2 ni mmg jenis malas study jela asal boleh  lulus sudah.

4. Student yang suka nak mintak lctrr up/tolong carrymark dia. - You get what you deserve. Buat lebih, lebih la dapat. Buat cincai, cincai2 jugak la markah carry mark diorg aku bg. Hewhewhew. Amalan pilih kasih tak diterapkan disini. Serius.

5. Student yang suka bincang ngn lctrr lepas jwb exam. - Pon ada! Aku nmpk sorg dua kat jabatan aku. Ini jenis yang over confident ni biasanya. Dia yakin jwpn dia tip top n betul byk la in the end jadi cuak bila sedor2 byk la pulak salah/careless mistake. Ha kan dah ganggu emosi. Bagi aku let bygone be bygone. Yang sudah tu sudah. Paper next tu yg kene fokus. Aku dulu ngn membe2 baik pon tapenah bincang. Sape2 je start tnye "eh soalan ni jwpn dia ni eh bla bla bla.." aku siku perut diorg. Pantang betul aku.

6. Student yang suka bg janji manis. - " Miss, nnt sy nak jumpa miss tnye ade benda tak paham huhu". Sudahnya batang hidung tak nmpk smpai la ke hujung minggu exam. Memula mmg aku pelik gak org mcm ni, lama-lama pikir aku rasa budak2 jenis ni nak sedapkan ati kita kununnya dia berusaha la nak bg paham sblm final exam. Budak2 cenggini biasa carry mark dia rendah hehe.

Eh, penat la pulak weh pikir pasal student. Apepon pensyarah ni sentiasa mendoakan kejayaan student. Ada pensyarah mmg nmpk garang, kata-kata lctrr tu mmg boleh buat hati terbelah menjadi dua dan sebagainya (tp Miss Anem tak reti mrah budak). Tapi percayalah, semua pendidik tak pernah mendoakan kegagalan pelajarnya no matter betapa sakit hati kami kpd certain student2 tu. Serius ni.


No comments:

Post a Comment