Monday 20 May 2013

Kenduri Tini :)

Assalamualaikum.

Lama btol la baru nak publish entry ni.
Malam sabtu lepas baru sampai dari Kulim.
Kenduri Tini, one of my besties masa blaja dekat USM dulu.
Kenduri dia sabtu pagi, so aku and jimi plan bertolak dr KL jumaat pagi.
Ceritanya gini, memula jimi tak plan la nak gi pon ye la dah ade anak nak kena jaga payah la nak jalan2 turun utara lagi macam dulu kan. Pahtu tetibe dalam kesyuan mencari tiket ketapi nak pi ipoh (sbb plan asalnye yanie amik aku kt ipoh then gerak g kulim ngn keta yanie) dia call aku bgtau ngn eksaitednya Falah (laki dia) bagi dia pegi and tido semalam kat Kulim. Aku pon ape lagi, gembira la sbb lama tak turun utara ngn jimi. Jimi kata buat masa skang, rahsiakan kehadiran aku dari dayah, eju and syana. Kasik seprais.
Haha poyo je lebih kau jimi. Seprais la sgt.

Gerak dlm dekat2 kul 10 pg mengahala ke tapah nak amik yanie.. Jimi drive dulu sbb aku tak suka drive dalam ujan (byk songeh). Ujan lebat sepanjang jalan ke tapah so gerak slow2 je 90km/j hahahaha. By the time smpi kat yanie dah nak dekat kul12 lebih da. Gila slow.
Sampai yanie dah musykul sesat ke hape kami ni. 
Lagipon sbb dayah ckp dia tak sure boleh kuar dr USM kul bape. Dia ade keja nk jumpa lctrr master diorang.
Pas amik yanie dari tapah nak ke area seberang jaya barula aku bwk laju sket. Hari pon dah cerah. Smpi seberang jaya dlm kul 2pm kot pahtu kebulur. Mau tak kebulur. Dari pagi aku tak makan. Aku dah la wajib makan pagi. Pas pusing2 cari Subaidah tepi highway tu, turun la makan sambil tunggu syana, dayah ngan  eju dr usm. Trus pening kepala aku sbb angin dah naik ke kepala plus drive jauh (maklumla tempat keje sekangkang kera mana penah jalan jauh haha).

Dlm kul 3 mcm tu dayah call kata dah ade tepi jalan. Dayah, eju and syana dtg bwk preve jugak. Keter baru syana hehe.
Tapi time tu jimi baring kat kerusi belakang konon taknak bg bebudak ni nmpk la.
Sekali eju kuar keter masuk keter aku kunun tak nak bg aku sesat kat bumi Seberang Jaya tu. Ceh, seprais utk eju dah tajadi. Tapi...still eju terkujat gak ade jimi tetibe dlm keter haha.

So, ikut keter syana sampai Sunway Carnival nak carik hadiah utk pengantin. Dah paking keter kat shopping mall tu (paking sebelah2), Dayah kuar keter g ke keter aku, ayat pertama dia, "Anem, hang bwk handbeg buruk ang lagi".. ceh hampeh. Handbeg buruk aku gak yg dia alert dulu.
Kittew tak mampu nak beli handbag baru le dayah. Ittew tunggu handbeg hantaran jew hewhewhew.
Sekali nmpk Jimi, terkejut la kawan2 aku dua org tu. Melopong mulut hahahah.
Nampak dah nak bergenang air mata dah tu. Kaakakka.

Siap beli hadiah, kami pulang ke umah dayah. Mmg port menginap pon kalo mai Kulim. Sampai umah dayah biasala bukak cerita la mcm2. Dari kisah zaman muda sampai la kisah zaman2 dah tua dah ni.
Haha takdala tua sgt pon. Tp seriously, jumpa2 kwn lama ni mmg macam refreshment utk aku. haha.
Walaupun byk sebab utk aku down kalo jumpa kwn2 ni antaranya kalo nak compare gaji etc etc mmg ptt boleh down. Tapi aku gembira je. Rasa macam ok je takla stress pon. Mungkin ni la kita boleh panggil sahabat. Kalo kita rasa seseorang tu sahabat kita, kita takda sebab utk tidak bergembira dengan kelebihan yg diorg ada. Maybe kita pon ade kelebihan yang diorang akan cherish.

dayah, si tuan tanah kedaung. Thanx bg tumpah teratak ang tu.

So esoknya Sabtu 18/5/2013 gerak la kami ke kenduri Tini. Sikit sebanyak mengenai Tini, dia ni bukan satu kos ngn kami pon. Dia ni kos cikgu. Tapi rapat dengan geng2 kami sejak first year lg. Dulu, sanggup la naik tingkat 9 hostel kami demi nak makan sama2. Hari-hari ok. Dulu kami kos kimia industri semua duk tingkat 9. Budak pendididkan duk tingkat 7 kot. Tini ni rilek je dia. Orangnye tenang dan sempoi. Aku pon tak setenang dia even aku spesis tak mudah marah. Takde kecoh2 kalut2 ke ape. Sampai nak kawen pon boleh rilek lagi haha. Bulan 5 nak kawen bulan 2 tak prepare apa lg hahaha.

Sampai awal gila. Sblm kul 12 lagi. Kira macam perasmi majlis la kami ni haha. Makan dulu siap2 siap amik lauk byk2 lagi. abg katering tu macam pandang2 je. Biasalah kami kan spesis manusia berperut 4 so makan kena la byk terutamanya jimi haha. Dah sudah makan kami pon tunggula tini dlm umah dia. Lama gila la tini ni nk smpai dari tempat mekap, abeh satu umah kami bergamba haha.

Org key-hell. Jimi dan aku.

Sampai awal maka kita bergamba la dulu.

makanan mmg best. teringat-ingt. tsk tsk


Dalam kul 2 pengantin pon sampai. Tak menyempat2 la kami nak gi bergamba ngn pengantin. Haha.
Nak wat caner, orang jauh kan... kena balik awal.
Haa meh layan gamba2 dulu papehal pon.

Adik tini pas-pas mende ni kat kami. kami rasa terharu kakaka.

Pengantin kaler pink mai dah.

Hensem gak laki tini. hebat ang tini.

Ni signature pose kami every kenduri yang kami pi haha.

L-R: eju, syana, jimi, yanie, me, dayah, ema, meme

Tak dan nak sembang panjang ngan tini.
Takpa ada masa kita semua pakat kumpul and sembang lama-lama. Tapi bila la tu kan? Sobs.
Kul 2.30 kami gerak balik umah dayah. Siap2 solat jamak zohor and asar. Kul 3.30 kot gerak la ke tapah dan KL.
Sedih sebab tah bila la boleh jumpa lagi cerita panjang2.
Pasal semua pon dah ada komitmen masing-masing.
Harap2 persahabatan kami berkekalan sampai bila2. Kot2 la berbesan kan mana kita tau kan? Kakakaka.

Tu je kot cerita kenduri tini. bye. :)

No comments:

Post a Comment