Saturday 4 May 2013

PRU 13

Assalamualaikum.

Dah undi?
Aku dah pon selamat menunaikan tanggungjwb kepada negara. hahaha poyo.
Untuk PRU13 ni aku first time mengundi. Thn 2008 aku kalut2 apa tah tak dan plak nak daftar tgk2 dah pilihan raya. So terlepas PRU12.

Tadi bg pagi2 gi jogging dulu papehal pon.
Ha tiap hari ahad aku jogging kat Taman Tasik Perdana.
Blergh..jogging la sgt kan? Takpa la at least wat jugak aktiviti luar keluarkan peluh daripada terbongkang tido smpi tengahari. Haha.
Kul 8 pas balik jog tak balik mandi ke ape aku dah smpi kat pusat mengundi kat Sek Men Taman Selayang.
Sesampai je td line dah panjang. Hoho aku ingt aku la yg paling awal hahaha.
Rupanya tidak.

Flow line macam lambat sikit. Aku ni dah la jenis takleh sabar kalo line2 panjang ni.
Kalo la leh undi esok, mau aku kuar barisan and datang semula esok pg haha.
Yep, aku kurang la bab tunggu2 org ni. Even oder mknn kt kedai makan pon kalo dah 15 minit tu aku dah panas hati mula tak senang duduk. Sama gak la ngn barisan panjang2.
Tengok wayang pon mesti beli tiket online jarang la beratur sebab mmg aku jenis kurang sabar. Haha.
Bagi aku, byk lagi keja boleh buat dari spend time beratur lama2.

Lari pulak topik haha. Dlm lebih kurang setengah jam baru leh masuk bilik mengundi.
Jari pon dah di calit dakwat even aku rasa mcm tak perlu kot kalo SPR jenis bebas dan adil dan tau cara nak bg  proses buang undi dan pilihan raya tu clean dr benda2 mengarut then aku rasa dakwat2 ni tak perlu.
Aku rasa yg buat line slow ni pon sbb sibuk nak lukis2 kat jari kita tu la hahaha.

Then lepas mengundi rasa lega la sikit. At least dah tunaikan tanggungjwb. Lega jugak sbb 2008 tak sempat mengundi haha. Kita tunggu result malam ni dan aku doa agar Allah selamatkan negara Malaysia dari bencana dan sesiapa pon yang perintah aku harap lebih adil, lebih baik, lebih maju dan lebih byk rezeki utk rakyat. Hmm.






Takdo puloks gamba nak tunjuk proses gi mengundi. Seriously, i need new phone with a good camera. huhuhuhu. Lmbt lagi bulan September ni. Nak phone baru. Nak. NAk.

Bye

No comments:

Post a Comment