Wednesday 12 June 2013

Make over.

Assalamualaikum.

Mak ai lama benar tak update.
Tunggang langgang la skang ni leptop kemana, baju kemana, bantal kemana, tilam kemana.
Haha bunyik mcm rumah kena pecah je padahal duk sibuk makeover bilik.
Ye kwn2, bukan make over diri sendiri tapi make over bilik je pon haha.
Kata nak kawen kan kena la transform bilik bujang jadik bilik kelamin (ceh skema).

Memula buang semua baju2 yang taknak pakai bg kosong sket almari.
Kang sian plak jijo takda ruang nak simpan baju dia.
Bunyik dah macam orang  kaya sgt je nak buang barang2 semua.
Tapi serius kalo bwk gi Jabatan Kebajikan pon sama je.
Last2 dihumbannye jugak.
Orang miskin pon dah taknak pakai baju sekenhen skang ni haha.

Ahad lepas kitorang proses katil bujang dalam bilik tanggalkan bahagian2 dia letak kat luar.
Abah kata nak bawak gi umah akak haha.
Kalo ikut aku, kita bako je.
Tapi dia kata boleh bg org sewa homestay pakai so nnt bwk part2 tu sikit2.
Almari buku yang tinggi dalam bilik pon dibawak keluar dulu.
Nak bagi kosong sket bilik sbb nak bg ruang orang nak pasang wall paper.
Wallpaper je dah 1k.
Patut pon rambut asek gugur je. Botak kepala aku mcm ni.

Hari isnin lepas org wallpaer dtg pasang, tetibe yang tempah tu dia ckp tak cukup utk cover semua wall dlm bilik.
Ada satu bahagian tak cukup. Alamakkk!!!
Bukan ape, nak tambah lagi 1 roll bermakna tambah la lagi 650.
Nak pakainya ciput je pon. Pahtu balance kertas tu takkan nak buat lauk makan ngn nasik pulak kan?
Amatlah membazirnyaaaaaaa.
So bincang ngan mak and abah then decide utk cat je satu bahagian dinding yg tak cukup tu.
Gigih la aku pi kedai hardware pi carik cat yg kaler lebih kurang ngn wallpaper.
Memang amazing race asia la anem pi kedai hardware.
Tapi dah bilik sendiri, so sendiri mau ingat la ye dop?

Berbekalkan contoh wallpaper tu dapat gak la setin 1L cat warna orchid white.
Putih nak ke pink2.
Sbb wallpaper tu kaler putih2 bunga2 dia kecik kaler pink purple.
Comel je. Bagi aku la.
Aku pedulik apa orang lain haha.


Comel dop? haha. yang penting ada purple2 sikit tu. my favorite color.


Balik-balik keje senin tu tak tukar baju ke apa dengan-dengan baju keje aku terus mulakan misi mengecat.
Naseb la tak besar sgt luas dinding tu.
Dalam tak smpai sejam siapla cat.
Renung punya renung lawa jugak jadiknya even cat sendiri pon.
Sesuai la cat ngn wallpaper tu.
Jadiklaaah....
At least save 650 kakakaka.

Siap ngecat, pas magrib pi carik perabot baru plak.
Aku nak beli katil, tilam ngn meja solek je.
Almari pakai yang lama.
Pengantin bajet kan. Bilik pon bajet la baq hang.
Bilik aku ni tak luas mana.
Puas gak pk susun atur mcm mana.
Haih...

dinding yg x cukup wallpaper. hasil kerja keras cat mengecat aku ngn apit. boleh buh dalam resume skill ni.

bilik belum buh perabot

Selasa petang perabot sampai.
Misi mengemas bilik bermula.
Aku susun je ikut suka dan asalkan ade rupa bilik.
Dah bilik pon kecik maka kita tak boleh byk songeh ye kawan2.
Terima je seadanya.
Cabarannye adalah memastikan bilik ini tidak semak dah bersepah.
Cadar pengantin mak kata nak sponser lalalala. Fuhh selamat duit.

aku susun ikut dan je nnt pulak pk susun atur len.

sarung bantal pon tak matching. tak jumpa carik haha.

Dah setel bilik. So, selesai satu keje.
Banyak lagi kerja2 menanti ni.
Waaaaaaaaaaa tetibe stress pulak.
Dah la sem baru dah bukak.
MAlam dah kena bukak buku pulak.
Nak buat mcm mana, nak share ilmu dengan student kene penuhkan diri dgn ilmu bermanfaat dulu.

Takpa la pelan2 kayuh la preparation wedding.
Lama-lama setel jugak.
3 bln lagi.
Ada masa lagi... Kot....
Bye. :-)


2 comments:

  1. Woi katil da patah nk ltk kat homestay plok hahaha... Cadar pengantin guna jelah aku pnye tu watpe nk bazie2 beli!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha dah elok la manada patah kakaka.
      cadar mak nak blanje. org blnje kita terima je la. cadar ko tu dah season la. tunang pon pakai yg tu bosans haha

      Delete