Tuesday 4 June 2013

Registration Day Jun 2013 Session.

Assalamualaikum.

Malam ini adalah bosan.
So, marilah update blog yg sunyi ini haha.
Siang tadi adalah hari pendaftaran semester baru kat kolej aku.
Berejam jugak la duduk kat dlm dewan layan budak2 baru daftar.
Naik kebas bontot.
Naseb makanan disediakan.
Sampai sakit la perut aku tadi makan bukan2 arini.

Aku jaga bahagian kewangan tadi.
Aku pon tatau la nape aku mesti dapat tugas2 jaga duit ni.
Tahun ni dah masuk kali ke3 dah kot aku jaga bahagian kewangan.
Dalam jabatan sains pon jadi bendahari jabatan jugak.
Dulu masa kat usm aku jadi naib bendahari pergerakan perkhidmatan masyarakat (PPMUSM).
Agak-agak org nmpak aku mcm bukan mata duitan gamaknye.
Tu lantik jadi bendahari tu.
Nak lantik jadi setiausaha dah taleh dah sbb simptom2 malas menulis tu mmg byk ye kawan2 kakaka.
Bukan mata duitan la sangat.
Pakkal iman kuat aku ni, kalo tak mau songlap seringgit dua hahaha.

Bukan senang jadi bendahari ni.
Contohnya jadi bendahari jabatan, even kutip sebulan rm5 je pon still rasa mcm segan nak pi collect duit org.
Sebab rasa macam aku ni hadap sgt duit diorg kakaka padahal dah mmg tugas aku pon kan.
Kiranya tiap awal bulan je aku mula la stress nak pi collect duit orang haih.

Tadi budak mendaftar tak seramai sem-sem dulu.
Dulu kalo semester jun mcm ni boleh dapat around 500.
Tadi yang datang tak sampai 300 pom.
Faktor dia aku rasa marketing kurang (pandai2 ja aku) and kolej swasta da mcm cendawan tumbuh pas ujan. LOL.
Apepon hopefully ade lagi yang dtg walk in daftar kolej ni sampai minggu depan..

Pahtu student sains jangan cakap la weh. Memang semakin pupus.
Pupus macam spesis lelaki baik. haha
Dulu student sains je boleh dapat sampai 4 kelas penuh.
Kira dulu mmg penat la mengajar balik2 umah  je boleh terbongkang.
Nak terbongkang tido pas keje pon pikir 100x sbb banyak nak arwah paper nak tanda.
Kalo pospon maka bertimpa-timpa la keje dikemudian hari hahaha.
LAtely ni nak boleh satu kelas pon bercinta la nak dapat.
Takpa senang sikit nak ajar kot hahahahaha. :(

Disebabkan student tak ramai, dalam kul 3 pm mcm tu dewan dah kosong.
Dulu kul 4.30 masih ada lagi budak duk datang daftar.
Sedisss baq hang.
Kemas2 kaunter bayaran then gi bahagian kewangan kolej utk buat serahan duit.
Pahtu selesai tugas marilah bergosip pulak di opis kakaka.

Takda gosip apa pon.
Perbincangan biasala duk cerita gelagat budak2 baru masuk.
Sian tgk sesetengah tu. Nampak benar nerves nak masuk mendaftar.
Ah macam tu jugak la masa aku belajar dulu pon.
Daftar asrama skolah sbp neves, daftar kmpp neves, daftar USM lagi lah neves.
Giler kau tak neves.
Tempat baru, environment baru, kawan2 baru.
Sumpah neves. Nasebla kawan2 semua superb smpai skang mmg kenangan paling manis adalah kenangan masa belajar.
Masa dah kerja ni kenangan paling manis adalah kenangan dapat gaji tiap2 bulan je. Kekeke.
Lain mmg yilek. Banyak  politik pejabat yang super stressfull je.
Haha biasala tu mana2 pon.

Dahla weh.
Naik ngantuk pulak aku maklum la siang tadi kan bekerja keras kutip duit budak haha.
Gamba suasana harp pendaftaran mmg takdak.
Malas la aku nak ckp sbb pa gamba tadak.
Nama ja nset berkamera.
Namun malangnyaaaaaaaaa....

Bye.
:D




No comments:

Post a Comment